Permata 37 :
Daripada Jabir bin Abdullah ra, rasulullah saw bersabda: Hai manusia, hendaklah kamu bersederhana,
hendaklah kamu bersederhana, sesungguhnya Allah tidak jemu sehingga kamu jemu.
(Riwayat Ibn Majah, Abu Ya’la dan Ibn Hibban)
Mutiara hikmah :
a) Kehidupan ini sangatlah mulia, namun hidayah memerlukan seseorang yang
berhak menerima menerimanya. Mereka yang ditertawakan oleh hidup sebenarnya
menangis dan yang dikirimkan senyum oleh hidup sebenarnya terpaksa tertawa
kerana sedar bahawa mereka tidak berhak menerima kekekalan itu.
b) Pada waktu bersujud, bisikkan semua urusan anda kepadaNya, kerana Dia
Maha Tahu yang samar dan tersembunyi. Dan juga jangan anda perdengarkan kepada
orang-orang di sekitar, sebab cinta itu milik rahsia-rahsia, sementara orang
tidak sama, ada yang suka dan ada pula yang membenci.
Wallaahu a’lam.
Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad
Al-Bakri
Benar, mengadulah segala hal dengan DIA, sesungguhnya DIA Maha Mengetahui dan sungguh... kerahsiaan itu indah.
ReplyDelete