Diriwayatkan pada zaman dahulu ada seorang murid mendakwa masuk ke syurga pada setiap malam. Pada suatu malam , gurunya diminta ikut serta. Lalu datanglah seekor burung membawa mereka ke suatu tempat indah ibarat syurga. Sebelum itu, guru berkenaan diingatkan agar pulang menaiki burung yang sama sebelum waktu subuh.
Menjelang subuh, burung berkenaan datang kembali. Namun guru itu enggan ikut pulang. Mengapa dia perlu pulang sedangkan dia sudah berada di syurga?. Orang yang sudah masuk surga tidak perlu pulang!.
Apabila waktu subuh tiba, azan dikumandangkan. Tempat yang dikatakan sebagai syurga itupun hilang. Mereka sebenarnya berada di pembetungan najis. Barulah si murid sedar bahawa perkara luar biasa yang dialaminya itu hanyalah mainan syaitan. Guru itu memberitahu anak muridnya bahawa dia sebenarnya telah ditipu oleh iblis.Hanya orang yang mati sahaja masuk ke syurga. Burung yang membawa mereka datang sebelum azan subuh itu hilang begitu sahaja apabila mendengar azan sebagaimana iblis lari apabila mendengarnya.
Dengan itu, apabila mengalami ataupun melihat sesuatu yang aneh mestilah mengukur kejadian itu dengan syariat Allah.
Wallahu a’alam.
( Rahsia kehebatan wali-wali Allah, Adil Akhyar 2012)
Ya Allah aku berlndung kepadaMu dari belenggu dosa dan hutang. Ameen Ya Rabb
No comments:
Post a Comment