Suraqah masuk Islam di depan Rasulullah sewaktu kembalinya baginda ke Mekah.Persahabatan Suraqah berlangsung beberapa bulan sahaja dengan kewafatan baginda nabi. Terkenang olehnya lantaran seratus ekor unta terjadinya keinginan membunuh. Namun semua unta di bumi tidak setanding dengan potongan kecil kuku Nabi Muhammad saw. Suraqah sering mengulangi kata-kata Nabi saw kepadanya : Bagaimana menurutmu Suraqah, jika engkau memakai dua gelang Kisra!.
Suatu hari Utusan Saad bin Abi Waqas datang ke Madinah membawa seperlima harta perang untuk diserahkan ke Baitulmal.Ianya termasuklah mahkota kebesaran Kisra yang bertatahkan mutiara, pakaian berbenang emas, kalung permata, dua gelang serta perhiasan yang tidak terkira dan belum pernah dilihat.
Khalifah Umar menguis harta-harta itu dengan kayu di tangannya sambil berkata : Sesungguhnya mereka yang mengerjakan hal ini adalah orang-orang yang amanah. Ali bin Abi Talib pula berkata : Sungguh kau telah menjaga kehormatan, maka kau juga menjaga kehormatan kepimpinanmu. Wahai Amirul Mukminin! Kalau kau makan, maka mereka pun makan.
Umar Al-Faruq ra memanggil Suraqah bin Malik. Umar memakaikannya pakaian dan kasut Kisra. Dia meletakkan mahkota di atas kepala Suraqah dan memakaikan dua gelang Kisra. Ketika itu, umat Islam di sekitar tempat itu berteriak : Allahu Akhbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Kemudian Umar menoleh kepada Suraqah dan berkata : Bagus! Orang Arab yang kecil dari Bani Madlaj. Di atas kepalanya mahkota Kisra dan di tangannya ada dua gelang Kisra.
Suraqah mengangkat kepalanya ke langit dan berkata : Ya Allah, kau cegah harta ini untuk RasulMu dan hal itu lebih Engkau cintai dariku dan lebih mulia bagiMu. Kau cegah harta ini untuk Abu Bakar dan itu lebih Kau cintai dariku dan lebih mulia bagiMu. Sedangkan Kau berikan harta ini kepadaku, maka aku berlindung kepadaMu jika Kau memberikan aku harta untuk menyeksaku.
Lalu semua hasil pemberian itu dibahagi-bahagikannya kepada kaum Muslimin. Tindakan itu demi takwa dan redha Allah SWT jua.
Wallahu a’alam.
( 65 manusia langit; Pustaka Azhar )
No comments:
Post a Comment