Sunday, August 5, 2012

Haji Tidak Mabrur IV


1. Melayani nafsu dalam masa berihram dan bercakap secara tidak hormat  mengikut persekitaran Tanah Suci Mekah. Tujuan berihram adalah untuk menutup nafsu bagi memberi ruang mengingati Allah SWT. Adalah rugi bagi jemaah yang masih bercakap untuk merangsang nafsu ketika dalam ihram kerana ini merupakan tegahan mutlak dari Al-Quran.

2. Pengabaian ibadah Talbiah sedangkan ia adalah syiar haji yang penting untuk dilaksanakan selepas berniat ihram berdasarkan tuntutan hadis Rasulullah saw yang bermaksud : Sebaik-baik haji itu ialah yang diiringi dengan talbiah dan menyembelih korban.

3. Keengganan bertaubat nasuha sedangkan untuk mendapat haji mambrur hendaklah sentiasa  memohon keampunan dan menyesali kesalahan yang pernah dilakukan.

4.Mengabaikan pelaksanaan dam apabila melanggar larangan dalam ihram, tidak menyempurnakan Wajib Haji dan perkara-perkara berkaitan dengannya:
a) Untuk melengkapkan segala kekurangan dalam ibadat wajib haji dan umrah hendaklah disempurnakan dengan bayaran dam
b) Rujuk dahulu perkara-perkara ini kepada guru agama

5. Tidak mengamalkan budi bahasa yang baik dengan meninggalkan nilai peribadi dan sopan-santun yang melambangkan akhlak yang mulia. Contohnya, jemaah sering berebut-rebut, mudah marah, kasar, melawan dan tidak mematuhi arahan daripada  petugas.

( JAWHAR, JPM  2010 )

No comments:

Post a Comment