Thursday, August 2, 2012

Huruf Kha’

Ya Allah
Wahai pencipta segala makhluk
Wahai Penghidup segala yang mati
Wahai pengurnia cahaya kepada seluruh
MilikMulah kerajaan yang terluas dan hamparan yang tertinggi
Seluruh tuan itu adalah hambaMu
dan Engkaulah yang maha kaya
dengan zatMu daripada selainMu

Daku memohon kepadaMu
dengan namaMu yang Engkau ciptakan
dengannya akan segala sesuatu
maka Dikau mentakdirkannya sebagai suatu takdir
dan Engkau mengurniakan dengannya
sesiapa yang Engkau kehendaki daripada makhlukMu
dengan khilafah dan kerajaan yang agung

Bahawa Engkau hilangkanlah ketamakkanku
dan sempurnakanlah kekuranganku
dan limpahilah daku dengan nikmatMu  yang tidak terhingga
ajarilah daku daripada nama-namaMu
apa yang dapat ku perbaiki dengannya
untuk memberi dan melimpahkan

Penuhilah batinku dengan ketakutan dan rahmah
dan zahirku dengan keagungan  dan kehebatan kepadaMu
sehingga takutlah kepadaku
oleh hati-hati segala musuh
dan berasa tenang kepadaku
oleh roh-roh para wali.

Kha’ kha’ kha’ kha’ kha’ kha’
Mereka takutkan Tuhan mereka lantaran
ketinggian ketakwaan mereka dan mereka
melakukan apa yang diperintakan.

Ya Allah
Kurniakanlah kepadaku persediaan yang sempurna
untuk menerima haq limpahanMu
yang dapat ku berkhalifah
dengannya pada bumiMu

dan dapatku menolak dengannya
akan kemurkaanMu daripada hambaMu
Engkaulah yang menjadikan khalifah
kepada sesiapa yang Engkau kehendaki
dan Engkaulah yang maha berkuasa ke atas segala sesuatu
dan Engkaulah yang maha mengetahui dan maha melihat

Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad
Nabi yang ummi dank e atas seluruh kelurga dan sahabat baginda saw.
(  Abu Al-Baqir )

No comments:

Post a Comment