Fatimah menjawab : Dengan satu syarat.
Semua sahabat mulai memandang kepada Ali, Fatimah dan kemudian kepada nabi. Ketika nabi berfikir mengapa Fatimah mengajukan syarat itu, Jibril turun dan berkata pada baginda : Wahai nabi, jangan tergesa-gesa mengambil keputusan, Allah yang mengatakan kepadamu untuk menanyakan syarat apa yang ingin dia ajukan.
Apa syaratmu, wahai Fatimah?, tanya Rasulullah.
Syarat itu bukan untuk Ali, tetapi dari diriku sendiri. Jika ini dipenuhi, maka aku menerimanya. Jika tidak, aku akan menolak untuk menikah dengan Ali, jawab Fatimah.
Kemudian Jibril mengingatkan Rasulullah akan firman Allah untuk menanyakan apa syarat yang diinginkannya. Sekarang dengarkan apa yang Allah letakkan pada hati Fatimah, sebagai manfaat dan darjat para wanita, kata Jibril.
Apa syaratmu, Fatimah ? , sekali lagi nabi bertanya.
Aku selalu mendengarmu berdoa untuk umatmu siang dan malam. Engkau mengatakan Ya Allah, izinkan aku memimpin umatku untukMu! Ampuni mereka! Sucikan mereka! Angkatlah semua dosa-dosa, kesulitan dan beban-beban mereka!, jawab Fatimah.
Aku mendengarmu ya Rasulullah dan melihat bagaimana engkau menderita demi umatmu. Dari apa yang engkau tuturkan, aku tahu bahawa ketika wafat, dalam kubur dan kiamat nanti engkau akan selalu menyebut, umatku, umatku….sebagaimana cintamu pada umatmu seperti itu juga yang ada dalam hatiku. Aku ingin seluruh umatmu sebagai mas kahwinku. Jika engkau menerimanya, aku bersedia menikah dengan Ali, sambung Fatimah sebagai menyatakan keinginannya.
Apa yang diminta oleh Fatimah adalah seluruh umat nabi, semua tanpa terkecuali sebagai mas kahwinnya. Oleh itu kerana ia tidak terletak di tangannya, Rasulullah perlu menunggu kedatangan malaikat Jibril yang lama tidak juga menampakkan dirinya.
Allah menyampaikan Assalamu’alaikum kepadamu dan menerima permintaan Fatimah. Allah menganugerahkan apa yang dimintanya sebagai mas kahwin untuk bernikah dengan Ali, kata Jibril ketika dia datang.
Segera nabi berdiri dan mengerjakan solat dua rakaat sebagai rasa syukur pada Allah. Fatimah ternyata mementingkan pengorbanannya bagi umat nabi. Tidak seorang umat pun yang akan berada di luar mas kahwin Fatimah, kerana jika Allah menarik satu umat dari mas kahwin itu, maka pernikahannya dengan Ali dianggap tidak sah
Wallahu a’alam.
( Rahsia kehebatan wali-wali Allah, Adil Akhyar 2012 )
No comments:
Post a Comment