kekallah sifat baqa’Mu
luluslah qadha’Mu pada segala makhlukMu
maha suci Engkau pada ketinggianMu
dan maha tinggi Engkau pada kesucianMu
tidak menggangguMu pada menjaga seluruh makhlukMu
tidak tersembunyi ke atasMu oleh pembukaan segala mata
Engkau menyeru sesiapa yang Engkau kehendaki kepadaMu
Engkau menunjukkan denganMu ke atasMu
daku memohon kepadaMu
keyakinan yang benar dengan muamalah
yang selayaknya yang berakhir
dengan penghampiran kepadaMu
tidak tersembunyi ke atasMu
oleh pembukaan segala mata
Engkau menyeru sesiapa yang Engkau kehendaki kepadaMu
Engkau menunjukkan denganMu ke atasMu
daku memohon kepadaMu
keyakinan yang benar dengan muamalah
yang selayaknya yang berakhir
Wahai Tuhan yang mana natijah segala amalan
itu tergantung d atas keredhaanNya
kurniakanlah kepadaku rahsia yang gemilang
yang membukakan bagiku
hakikat-hakit segala amalan
dan khususkanlah kepadaku dengan hikmah
beserta pelbagai kebijaksanaan
dan isyarat yang disertai oleh kefahaman.
Sesungguhnya Engkaulah penjaga kepada mereka
yang mengabdikan kepadaMu
dan Engkaulah yang menyahut seruan hambaMu
Tuhanku
Kekalkanlah ke atasku segala nikmatMu
sehingga dapatku menikmati dengan sentiasa
perlihatkanlah kepadaku akan zatku
sekira-kira Engkau bukannya sekira-kira dia
sehingga daku sentiasa denganMu
dan bukannya denganku
kurniakanlah kepadaku daripada sisiMu
suatu ilmu yang patuh
kepadaku padanya oleh segala jiwa yang mengetahui
Sesungguhnya Dikaulah yang maha mengetahui
dan maha pemberitahui
maha suci namaMu yang mempunyai segala kebesaran dan kemuliaan
Selawat dan salam ke atas saidina Muhammad nabi yang ummi
dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat baginda saw.
( Abu Al Baqir )
No comments:
Post a Comment