Adam ialah bapa kita
yang tercampak dari seberang dunia
kerana mencari syurga
di celah buah khuldi.
hari tengah malam
ia tidak mengerti apa yang terjadi
mulutnya bisu.
Ia melihat sekeliling
mulai merasa cemas akan kegelapan
segumpal awan hingga ke kening
ia tidak tahu apakah itu.
Sepanjang malam ia tercengang
dari hati nya mengalir sungai duka
bagaimana akan kutempah rimba kegelapan
tubuh seorang.
Sepanjang malam airmata
membelah muka bulan.
( Suhaimi Hj Muhamad, DBP 1990 )
No comments:
Post a Comment