Bagaimana mendapat ilmu
Seorang ulama ditanya : Bagaimana tuan mendapat ilmu?. Ulama itu menjawab : Bapa saya seorang yang kaya. Ia berbuat baik kepada ahli ilmu (ulama) dan memperbanyakkan sedekah.
Sesungguhnya berbuat baik itu mempunyai kelebihan di mana akan menjadi sebab bertambah ilmu pengentahuan.Kesyukuran seseorang dengan nikmat akal dan ilmu akan menjadikan sebab bertambahnya ilmu pengetahuan.
Imam Abu Hanifah sentiasa memuji-muji Allah, bersyukur kepadanya terutama apabila dikurniakan taufiq dan hidayah yang berupa ilmu dan hikmat : Alhamdulillah! Telah bertambah ilmuku, katanya.
Manakala Ibnu Abbas ra telah ditanya orang : Dengan apakah tuan menuntut ilmu? Ibnu Abbas menjawab : Dengan lidah yang sangat suka bertanya dan hati yang banyak berfikir.
Ingatlah Rasulullah saw telah bersabda: Ilmu dan kepandaian itu adalah pungutan orang mukmin. Mereka memungut ilmu itu di mana sahaja yang boleh didapati. Ambillah yang bersih dan tinggalkan yang keruh.
Wallahu a’alam.
( Kaedah mengaji agama; Penerbit Taha 1986 )
No comments:
Post a Comment