Tuhan
lemaskanlah daku dalam lautan ubudahMu
(lautan kehambaan tertinggi kepadaMu)
yang diakhiri dengan bala
hentikanlah daku di hadapanMu
sebagai suatu kedudukan kehinaan kepadaMu
sehingga daku dapat menyaksikan kemuliaan itu
hanya MilikMu yang sejati.
pada menyampaikan daku kepadaMu denganMu
Hilangkanlah daripadaku
segala kegelapan yang menyebabkan
keterpesonganku dari hadratMu
Penuhkanlah hatiku dengan zikirMu
dan lidahku dengan syukurMu
dan sebutkanlah daku di sisiMu
sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang menyebut.
Tuhanku
rasakanlah kepadaku kemanisan kehampiranMu
lemparkanlah ke atasku cintaMu
ubahkanlah daku di dalam segala jiwa raga
dengan pelbagai keindahan berjinak-jinak
dan jadikanlah daku kenyataan kesempurnaanMu yang suci.
Sokongilah daku padanya
dengan kehebatan yang diiringi oleh rahmah
siramilah dku dengan ketenangan dan kerehatan
gembirakanlah daku dengan keamanan
dan keredhaan sejati daripadaMu
limpahilah daku dengan kelazatan denganMu
Wahai Tuhan yang denganNya kegembiraan
orang-orang yang bersedih
dan denganNya berjinak orang-orang yang liar hati.
Wahai Tuhan yang mempunyai
kehebatan, kemuliaan, keagungan dan segala nikmat
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Sesungguhnya daku adalah di antara mereka
yang mengingati janjiMu
dan di antara mereka yang gembira dengan zikirMu.
Selawat dan salam ke atas saidina Muhammad nabi yang ummi
dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat baginda saw.
( Abu Al Baqir )
No comments:
Post a Comment