Thursday, August 16, 2012

Ilmu di hati mereka

Ibn Abd Qais :

Pada suatu hari seorang lelaki meminta beliau bercakap-cakap dengannya, lalu beliau berkata ; Peganglah matahari!

Kata-kata tabien yang kuat beribadah dan zuhud itu menunjukkan bahawa matahari sentiasa berjalan di atas paksinya. Masa dan usia tidak menunggu sesiapa. Jadi, bagaimana beliau hendak bercakap-cakap (yang sia-sia) dengan lelaki tersebut, sedangkan masa tidak mengizinkan.

Ibn Khaqaan :

Sasterawan dan penyair yang juga menteri Khalifah al-Mutawakil (al-Abbasi) ini amat menyayangi ilmu pengentahuan. Khazanah ilmunya terkadang disimpan dalam stoking, apabila beliau ke tandas atau masjid. Kitab tersebut ditelaahnya sambil berjalan pergi dan balik. Apabila ingin keluar, kitab itu juga dibuka dan dibaca sehinggalah khalifah kembali berada di sisinya.

Imam at-Tabari :
 
Sewaktu sakit beliau diziarah dan apabila mendengar salah seorang pelawat membaca doa ke atasnya lalu dia berkata : Tolong ambilkan aku sebatang pen dan sehelai kertas.
Doa itu lantas dicatatnya. Salah seorang daripada mereka bertanya : Apakah kamu masih menulis ilmu sedangkan kamu dalam keadaan begini?

Beliau menjawab : Sememangnya menjadi kewajipan manusia untuk tidak meninggalkan ilmu berlalu pergi begitu sahaja hingga dia mati.

Wallahu a’alam.

(Rahsia kehebatan wali-wali Allah; Adil Akhyar)

No comments:

Post a Comment