Abu Hurairah memiliki seorang hamba wanita bangsa Zinji yang berbuat jahat dan menyusahkan keluarganya. Abu Hurairah mengangkat cambuk untuk memukulnya. Kemudian dia berkata : Kalau bukan kerana balasan di hari kiamat, aku akan menyakitimu seperti kau telah berbuat jahat kepada kami. Aku akan menjualmu kepada orang yang berani membayar hargamu, sedangkan aku enggan melakukannya. Pergilah, kamu dibebaskan kerana Allah SWT.
Beliau juga mempunyai anak gadis. Suatu ketika berkatalah anak itu padanya : Wahai ayah! Teman-teman mengejekku kerana ayah tidak pernah menghiasiku dengan emas!
Jawab Abu Hurairah : Wahai anakku! Katakanlah kepada mereka bahawa aku takut panasnya api neraka akan membakarku.
Sewaktu Marwan Ibnu Hakam mengujinya dengan menuntut semula kiriman seratus dinar emas, Abu Hurairah memberitahu : Saya telah infaq wang itu kerana Allah. Tiada satu dinar pun ada di rumahku. Apabila bahagianku keluar, maka ambillah bahagianku di Baitulmal.
Manakala sewaktu diziarahi Marwan sewaktu beliau sakit dan berdoa agar Allah menyembuhkannya, Abu Hurairah menjawab : Ya Allah! Sungguh aku senang untuk bertemu denganMu. Maka cintailah pertemuanku dan segeralah bertemu denganku.
Wallahu a’alam.
( 65 manusia Langit; Pustaka Azhar )
No comments:
Post a Comment