Thursday, January 7, 2016

Pelajaran ke 48

Al-Mawa’izd Al-Badi’iah

Berkata seorang hakim radhiyallahu anha pada masa dahulu padahal ia berjalan kepada segala negeri kerana mengajar ia akan manusia akan enam patah :

1. Barangsiapa tiada berilmu maka tiadalah mulia di dalam dunia dan dalam akhirat
2. Barangsiapa tiada sabar daripada berbuat ibadat ia atas pedih dan atas susah dan menjawat maksiat dan atas kedatangan bala’ maka tiadalah baginya bekal pada akhirat
3. Barangsiapa ada ia bebal dan kurang akal maka tiadalah ia manfaat dengan ilmunya
4. Barangsiapa tiada takut akan Allah Taala yakni tiada mengerjakan segala suruh Allah dan tiada menjawat akan segala tegahnya maka tiadalah baginya mulia pada lillahi Taala.
5. Barangsiapa tiada ia menyuruh maka tiadalah baginya senang di dalam akhirat
6. Barangsiapa tiada ia menerima akan pengajaran orang maka tiadalah baginya hujjah kehadrat Allah Taala dan sayugianya bagi segala yang aqil itu membahagikan pada tiap-tiap harinya itu empat bahagi:

a) Berbuat ibadat akan Tuhannya
b) Mengira-ngira akan perbuatan dirinya
c) Mengunjung segala ulama yang mengajar dia ilmu pada agamanya dan yang memberi nasihat akan dia
d) Bersuka-suka dengan segala barang yang dihalalkan Allah Taala serta baik niat tetapi jangan berlebih-lebihan pada yang menolong pada ibadat.

Wallahu alam.

Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007

No comments:

Post a Comment