Al-Mawa’izd Al-Badi’iah
Bermula tiap-tiap orang yang adalah martabatnya ini terlebih tinggi nescaya
adalah istidrajnya itu terlebih besar dan terlebih halus.
Kata Ibnu Al-Mubarak Rahimahullahu Ta’ala berapa orang yang menyebut-nyebut
Allah Ta’ala padahal ia lalai akan Allah Ta’ala. Dan berapa orang mendakwa ia
akan dirinya takutkan Allah padahal ia berani atas Allah Ta’ala. Dan berapa
orang yang meminta kepada Allah padahal ia jauh daripada Allah. Dan berapa
orang yang membaca Kitab Allah padahal tuli daripada ayat Allah.
Dan barangsiapa tiada mengenal ia segala bala’ yang telah aku sebutkan akan
dia, maka iaitulah orang yang di istidraj padahal tiada tahu akan dirinya di
istidraj.
Hai anak Adam, jangan terpedaya engkau sebab banyak ilmumu kerana beberapa
orang yang berbuat amal padahal menyangka mereka itu bahawasanya amalnya itu
kebajikan maka tiba-tiba amal itu kejahatan dan dengan sebab yang demikian itu
nyata bagi mereka itu daripada Allah Ta’ala barang yang tiada mereka itu
menyangka mereka itu akan dia. Maka inilah, maka bicarakan olehmu akan dia
Hai anak Adam, ketahui olehmu bahawasanya Allah Ta’ala mengetahui Ia akan
segala amal kamu dan mencuba Ia akan kamu dengan menyuruh dan menegah dan
dengan memberi ni’mat dan dengan memberi bala hingga mengetahui siapa yang mahu
mengerjakan suruhNya dan siapa yang mahu meninggalkan tegahNya, dan siapa yang
mahu meninggalkan ni’mat dunia dan siapa yang mahu syukur akan Dia dan siapa
yang mahu sabar atas balaNya daripada Kami, seperti firman Allah Ta’ala:
...bermula Allah Ta’ala itu
mengetahui Ia akan segala amal kamu dan sungguh-sungguh Kami cuba akan kamu
hingga Kami ketahui akan yang bersungguh daripada kamu dan yang sabar daripada
kamu, dan Kami cubakan akan khabar kamu (Muhammad:30-31)
Wallahu alam.
Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007
No comments:
Post a Comment