Friday, January 8, 2016

Pelajaran 49....bahagian 1

Al-Mawa’izd Al-Badi’iah

Berkata Allah Ta’ala:
Hai segala manusia, apa yang memperdaya akan dikau dengan Tuhanmu yang Mulia yang menjadi akan dikau... (Al-Infithar: 6-7)

Dan lagi firman Allah Ta’ala:
...maka jangan memperdayakan kamu oleh hidup dunia....... (Al-Fathir:5)

Hai anak Adam, berbuat olehmu ibadat akan Tuhanmu yang menjadikan akan dikau, dan jangan jangan bimbang akan dikau oleh hartamu dan isterimu dan anakmu daripada berbuat ibadat akan Tuhanmu. Dan ingatkan olehmu akan segala nikmat Tuhanmu yang datang ia atasmu dan syukur olehmu akan dia dan jangan engkau kufur akan dia dan pinta olehmu akan tolong, dan takut olehmu akan lorong dan takut akan dirimu daripada jadi istidraj kerana istidraj oleh Allah Ta’ala bagi hambaNya itu amat tersembunyi seperti firman Allah Ta’ala:

....lagi akan Kami istidraj mereka itu, yakni lorong Kami akan mereka itu daripada sekira-kira tiada mengetahui mereka itu akan istidraj. (Al-A’raf:182)

Yakni Kami ambil daripada mereka itu satu darjah, yakni lagi akan Kami tambah akan seksa mereka itu dan celaka, maka menambah akan dosa dan maksiat dan derhaka, yakni Kami ambil daripada mereka itu sedikit-sedikit dan tiada Aku ambil daripada mereka itu padahalnya segempak dan Kami tambah akan mereka itu daripada azab itu sedikit-sedikit.

6 (Muhimmah) dan Aku pertangguh akan mereka itu supaya menambah mereka itu berbuat kejahatan, bahawasanya azabKu sangat pedih,dan tiada kuasa menahan akan dia oleh seseorang dan kerana inilah jadi dukacita dan gundahan hati segala mereka itu yang berkehendak berjalan kepada Allah Ta’ala tatkala datang kelebihan atas mereka itu dalam negeri dunia kerana takut akan dirinya itu istidraj, yakni lorong hingga sentiasa gundahan hati mereka itu dan kuninglah warna mereka itu dan hancurlah hati mereka itu dan hilanglah akal mereka itu dan berpindahlah mereka itu daripada antara segala makhluk hingga tiada bercampur mereka itu dengan segala manusia.

Bermula kebanyakan manusia lalai mereka itu daripada ini. Bermula istidraj Allah Taala bagi hambaNya itu, iaitu pada tiap-tiap ketika perbuat ia akan dosa nescaya memberi oleh Allah Ta’ala baginya akan ni’mat dan melupai akan Dia, akan meminta ampun daripada Allah Ta’ala, maka menambah ia akan kejahatan dan takabbur, maka masuk ia di dalam maksiat dengan sebab berturut-turut ia atasnya ni’mat padahal menyangka ia akan bahawasanya berturut-turut ni’,mat itu hampir daripada Allah Ta’ala.

Hai anak Ada, ketahui olehmu bahawasanya Allah Ta’ala terkadang memperhiasi ia akan seterunya dengan pakaian auliyaNya dan kekasihNya dan pilihanNya hingga bahawasanya mereka itu terpedaya mereka itu dengan sebab hilang segala waktunya dan menyangka mereka itu akan bahawasanya dirinya wali Allah itu daripada Allah Ta’ala bagi mereka itu istidraj, yakni lorong dan terkadang memperhiasi ia akan mereka itu dengan pakaian kemuliaan dan kemegahan dan jadi kepala orang dan tinggi martabat mereka itu daripada segala manusia hingga terpedaya mereka itu dengan dia dan menyangka mereka itu akan dirinya orang yang kelebihan, maka ini pula bagi mereka itu istidraj daripada Allah Ta’ala, kemudian tiada meninggal oleh Allah Ta’ala akan mereka itu dalam kemuliaan dan kemegahan hingga mengambil ia akan mereka itu kepada hakikat maklumnya.

Dan terkadang memperhiasi ia akan mereka itu dengan beberapa bagai ilmu dan nasihat lidahnya dan mengetahui segala gerak dengan beberapa ilmu hikmat yang halus, maka terpedaya mereka itu dengan seban bagai-bagai yang sampai kepada mereka itu dan dengan sebab sempurna faham mereka itu dan cerdik padahal menyangka mereka itu akan bahawasanya dirinya melengkapi mereka itu dengan tiap-tiap hakikat ilmu.

Wallahu alam.

Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah, 

No comments:

Post a Comment