Tuesday, January 5, 2016

Pelajaran ke 47

Al-Mawa’izd Al-Badi’iah

Berkata Luqmanul Hakim: Hai anak Adam, jauhkan olehmu akan lima perkara yang membinasakan manusia:

1. Menipu taulannya
2. Tiada ia mengikut kata segala ulama
3. Menghinakan dirinya kerana tamak
4. Membesarkan dirinya dfaripada segala orang yang besar daripadanya
5. Mengikut hawa nafsunya

Kata Shafi’i Radhiyallahu anhu: Bahawasanya yang terlebih menganiayai dirinya itu bagi barangsiapa yang merendahkan dirinya akan seorang yang tiada memuliakan dia dan dipujinya akan barangsiapa yang tiada dikenalinya dan dikasihkan akan sahabat yang tiada memberi manfaat akan dia.

Dan berhimpunlah segala hukama Arab dan Ajam dan Masyruq dan datang ke Maghrib, maka dipilih mereka itu daripada perkataan hikmah sekira-kira empat ribu patah kata, kemudian dari itu maka dipilih pula di dalamnya seratus patah kata kemudian dari itu maka dipilih mereka itu pula di dalamnya empat puluh patah kata kemudian dari itu maka dipilih mereka itu pula di dalam empat patah kata:

1. Jangan engkau tanggungkan barang yang tiada kuasa menanggung dia
2. Jangan engkau perbuat yang tiada memberi manfaat akan dikau
3. Jangan memperdaya akan dikau oleh hartamu jikalau ada harta itu banyak sekalipun
4. Jangan engkau harap akan perempuan kemudian maka disurat oleh seorang raja akan empat patah kata ini di di dalam satu lauh daripada emas maka adalah raja itu mengambil pengajaran daripada setengah kata ini pada pekerjaan agamanya dan dunianya.

Wallahu alam.

Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,

Al-Hidayah, 2007

No comments:

Post a Comment