Friday, January 15, 2016

Pelajaran 49....bahagian 4


Al-Mawa’izd Al-Badi’iah

Bermula manusia itu antara taufiq dan khazlan (orang yang dukacita)

Bermula erti taufiq itu menolong oleh Allah Ta’ala akan hambaNya atas berbuat ibadat. Dan erti khazlan itu tiada menolong Allah Ta’ala akan hambaNya atas berbuat ibadat. Maka tiada sayugianya bagi orang yang beroleh taufiq itu bahawasanya berpegang ia atas taufiqNya dan tiada takut ia akan tipunya. Dan tiada sayugianya bagi orang yang tiada khazlan itu putus asas daripada rahmat Allah Taala. Dan terkadang-kadang melihat dalam tidur oleh seorang bagi seorang akan sebagai lihat yang soleh itu, iaitu istidraj daripada Allah Taala, seperti katanya: Aku lihat akan dikau di dalam tidurku seolah-olah engkau itu daripada isi syurga.

Bermula asal istidraj itu, lupa ia akan Allah Taala dan kaya ia dengan yang lain daripadanya dan bergantung ia dengan barang yang lain daripadanya dan berpaling daripada Allah kepada yang lainnya dan tiadalah atas sebenar-benar ma’rifat itu orang yang terpedaya ia dengan banyak ilmu dan banyak murid dan banyak ibadat, kerana iblis itu adalah ia mengajar di dalam langit akan segala malaikat, seperti mengajarkan ibadat serta malaikat empat puluh ribu tahun, kemudian pada akhir pekerjaannya menilik ia kepada dirinya dan kepada ibadatnya dan meninggal ia akan suatu suruh daripada suruh Allah Taala, maka jadi ia daripada orang yang dilaknatkan dan yang tolakkan daripada pintuNya selama-lama.

Hai anak Adam, takutkan akan dirimu, bahawa terpedaya engkau dengan sebab ramai segala waktumu dengan banyak ibadat kamu dan hening kelakuanmu daripada segala yang ditegahkan kerana bahawasanya Syeikh Barshisha dan Syeikh Bal’am itu adalah keduanya terlebih sangat abid yakni terlebih banyak ibadat daripada segala manusia pada masa keduanya.Dan terlebih baik kelakuannya daripada segala manusia keduanya dan pada akhir perkerjaan itu cenderung keduanya kepada menurut hawa nafsu dan jadi aib keduanya di dalam dunia dan akhirat.

Hai anak Adam, jangan terpedaya engkau dengan sebab engkau bersahabat dengan segala oang yang soleh-soleh, yakni dengan berbuat khidmat bagi mereka itu kerana bahawasanya jikalau memberi manfaat seorang dengan sebab bersahabat dengan segala orang yang soleh-soleh, nescaya memberi manfaatlah isteri nabi Nuh dan isteri nabi Luth ’Alaihimassalam. Maka ketahui olehmu bahawasanya terpedaya itu satu darjat daripada segala darjat istidraj. Ketahui olehmu, bermula segala hati ahli Al-Mahabbah, yakni hati oprang yang kasih akan Allah Taala itu sentiasa ia bergelombang-gelombang daripada istidraj, seperti gelombang laut hingga jadilah tiap-tiap barang yang di dalam hati itu kerana Allah Taala. Dan sentiasa ia berjinak-jinak dengan dia dan tiada berpaling daripadanya.

Bermula tiap-tiap dosa itu bagimu yang diampunkan melainkan berpaling daripada Allah Taala. Maka inilah maka bicarakan olehmu akan dia dan takutkan olehmu akan terpedaya dan lorong pintakan olehmu akan tolong dan fikir olehmu akan untung dan nangiskan akan dirimu berulang-ulang mudah-mudahan lepas daripada bahaya istidraj.

Wallahu alam.

Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007

No comments:

Post a Comment