Permata 35 :
Daripada Umar bin al-Khattab ra, rasulullah saw bersabda: Apabila kamu dikurniakan sesuatu tanpa
diminta, maka makanlah atau bersedekahlah. (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu
Daud dan al-Nasaie)
Mutiara hikmah :
a) Bergembiralah dengan hal-hal yang boleh menghapuskan dosa-dosa, misalnya
amal soleh, musibah-musibah, taubat, doa dari kaum muslimin, rahmat dari Yang
Maha Pengasih dan syafaat dari rasulullah.
b) Biasakan untuk mengeluarkan sedekah meskipun hanya sedikit, kerana
sedekah akan memadamkan api kesalahan, menggembirakan hati, menghilangkan
keresahan dan menambahkan rezeki.
Wallaahu a’lam.
Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad
Al-Bakri
No comments:
Post a Comment