Friday, March 1, 2013

Berihsan dalam semuanya


Permata  31 :

Daripada Abu Ya’la, Syaddad bin Aus ra berkata bahawa rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya Allah mewajibkan ihsan terhadap segala sesuatu. Jika kamu membunuh, laksanakanlah dengan cara yang baik, dan apabila kamu menyembelih, sembelihlah dengan cara yang baik dan hendaklah seseorang daripada kamu menajamkan pisaunya serta hendaklah dia menyegerakan sembelihannya. (Riwayat Muslim)


Mutiara hikmah :

a) Renungkanlah tentang rahmat Yang Maha Penyayang itu, Zat Penyayang itu mengampuni pelacur yang hanya memberi minum seekor anjing, memaafkan orang yang telah membunuh seratus orang, merenggangkan tangannya untuk menerima orang-orang yang bertaubat dan menyeru orang-orang Nasrani untuk bertaubat.

b) Lihatlah musibah itu dari sisi yang paling memberikan harapan, bayangkanlah pahala yang anda dapatkan dari musibah tersebut. Sedarilah bahawa musibah yang menimpa diri anda itu lebih ringan jika dibandingkan dengan menimpa orang lain. Dan, belajarlah dari orang-orang yang telah mendapat cubaan dan ujian.

Wallaahu a’lam.

Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

No comments:

Post a Comment