Asma Ul-Husna 35
Al-Ghafur erttinya Allah Maha Pengampun atau Maha Luas AmpunanNya
sebagaimana firmanNya bermaksud:
Sesungguhnya Allah
mengampuni dosa-dosa mereka semuanya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi
Maha Penyayang.
(Az-Zumar; 53)
Maha Pengampun dan
Luas AmpunanNya
Al-Ghafur berasal dari akar kata ghafr; ertinya menghijab atau menutupi.
Al-Ghafur adalah Tuan yang kekuasaannya demikian sempurna. Dia dapat
mengampuni tanpa syarat kerana kurnia yang Dia limpahkan kepada para hambaNya
dan kerana kemurahanNya.
Al-Quran teramat banyak merujuk pada masalah ampunan. Dan Allah telah
memperluas ampunan tersebut sehingga hati orang-orang yang menderhakaNya tidak
putus asas dari rahmatNya dan agar orang-orang jahat tidak akan patah arang
dari kasih sayang Allah. Dan mengampuni dosa-dosa dan menerima taubat. Dalam
surah al-Ghafir (al-Mukmin), kita dapati ayat 3 berikut yang bermaksud: Yang mengampuni (setiap) dosa, yang menerima
taubat, yang keras hukumanNya, yang mempunyaiai kurnia.
Berkenaan dengan ayat yang bermaksud: Khabarkan
olehmu (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu bahawa sesungguhnya Aku adalah yang
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (AlHijr: 49), sebahagian sahabat nabi
saw tenggelam dalam tawa dan senda gurau ketika rasulullah saw tiba-tiba
muncul.
Baginda menyalami mereka lalu berkata kepada mereka: Apakah kalian ketawa ketika neraka di hadapan kalian? Mereka
menyesal dan merasa sangat tertekan. Baginda segera pulang tetapi tidak lama
kemudian datang lagi kepada mereka dan berkata: Jibril as baru sahaja datang kepadaku dan berkata bahawa Allah bertanya
mengapa aku menjadikan sebahagian hambaNya putus asas dari rahmatNya kemudian
baginda membaca surah az-Zurnar ayat 5 yang bermaksud.....Ingatlah, Dia adalah yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.
Sifat manusia yang
ketigapuluh lima ialah kerap memohon ampun dan berlapang dada
Orang yang ingin mewujudkan sifat Al-Ghafur bererti ia harus terus menerus
memohon ampunanNya sebagaimana Allah memaafkan hamba-hambaNya berkali-kali. Ini
merupakan kunci guna meraih ampunan Allah sebagaimana dalam ayat berikut yang
bermaksud:
Dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah
mereka memaafkan serta berlapang dada (melupakan kesalahan orang-orang itu);
tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah
Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
(An-Nuur:22)
Wallahu a’lam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma Ul-Husna,2010
ms 83-85
No comments:
Post a Comment