
Al-Zuhri berkata : Rasulullah saw
wafat di mana beliau berusia 15 tahun dan sahabat yang terakhir meninggal di
Kota Madinah iaitu pada tahun 91 Hijrah. Al-Waqidi berkata : Beliau hidup selama 100 tahun dan ada
pendapat yang mengatakan 96 tahun.
Berhubung dengan tempat kematiannya ada juga pendapat yang mengatakan
beliau meninggal di Iskandariyah seperti sangkaan Ibn Abi Daud. Qatadah berkata
: Beliau meninggal di Mesir. Al-Hafiz
Ibn Hajar berkata : Ini adalah waham yang
sebenarnya anaknya al-Abbas.
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
No comments:
Post a Comment