Tokoh 2
Ibu para
syuhada
Beliau mempunyai empat anak
lelaki, hasil perkahwinannya dengan Rawahah bin Abdul Aziz as-Sulami.
Kesemua anaknya ingin menyertai medan
Qadisiyah, melawani tentera Parsi, namun perlu ada yang tinggal menjaga kedua
orang tua mereka . Al-Khansa berkata kepada anak-anaknya :
Wahai anak-anakku, sesungguhnya kamu memeluk agama ini tanpa paksaan.
Kamu telah berhijrah dengan kehendak sendiri. Demi Allah yang tiada Tuhan
selain Dia. Sesungguhnya kamu itu putera-putera daripada seorang lelaki dan
perempuan yang sama. Tidak layak bagiku untuk mengkhianati bapamu atau membuat
malu bapa saudaramu atau menconteng arang di kening keluargamu.

Anak-anaknya menuju ke medan perang, berjuang sehingga kesemuanya gugur di sana. Tatkala berita
kematian mereka tiba kepadanya, beliau bekata : Alhamdulillah yang telah
memuliakanku dengan syahidnya putera-puteraku. Semoga Allah segera memanggilku dan berkenan mempertemukan aku dengan
anak-anak lelakiku dalam naugan rahmatNya yang kukuh di SyurgaNya yang luas.
Al-Khansa, seorang yang paling
pandai bersyair menurut rasulullah saw itu telah meninggal dunia pada zaman
permulaan pemerintahan khalifah Usman bin Affan ra iaitu pada tahun ke-24
Hijrah.
Wallahu a’lam
100 tokoh wanita di sisi rasulullah saw
Hepi Andi Bastoni, 2013
No comments:
Post a Comment