Monday, September 23, 2013

Kata-kata



Kalau kita dicerca dengan kata
jangan kita diam tak terkata
pertahankanlah maruah kita
lawan kata dengan kata
kalau mereka menghendik dengan kata
carilah daya kata

Kalah kita
jangan kerana putus kata
ini martabat bangsa kita
ini kedaulatan Negara kita
kita pelihara dengan kepantasan kata
dari kepala

Kita merdeka bukan kerana senjata
kita merdeka kerana bijak kata

Aduhai anakanda
kalau hidup mahu terbela
pandailah mengucap kata.

Hashim Yaacob
Aku hanya mahu ke seberang
2003

No comments:

Post a Comment