Kebanyakan manusia yang gagal dalam hidup akan bertindak begitu. Jarang
orang gagal mahu belajar dari kegagalannya! Jarang orang gagal mahu membina
kejayaan setelah menempuh kegagalan, sebaliknya memang banyak orang gagal sakit
hati dengan orang berjaya. Malah ada orang yang sampai hati hendak cuba untuk
menggagalkan orang berjaya itu. Apa nak hairan sangat, manusia berjaya lawannya
manusia keciciran! Manusia mudah insaf jika memahami, tetapi dalam waktu yang sama
tergamak mengulang kesalahan. Tidak mahu mengambil iktibar dan pengajaran
daripada kesilapan atau kesalahan yang pernah dilakukan. Elok ambil manfaat
dari cerita di bawah ini.
Maka dikisahkan dalam sebuah makmal satu penyelidikan dilakukan kepada
seekor tikus putih. Tikus itu dilepaskan ke dalam sebuah bekas yang terdapat
laluan sesat, jalannya yang berbelit-belit. Uji kaji yang dilakukan mudah.Tikus
ditaruh di permulaan laluan bagi mendapatkan seketul keju yang ditaruh di
hujung laluan tersebut. Tikus itu mula berlari di laluan sesat dan beberapa
kali tersalah. Ia undur kembali, mencari lalu yang betul, dan akhirnya sampai
jua ke tempat keju.
Tikus itu diangkut keluar. Buat kali kedua,diletak kembali ke permulaan
laluan bagi kali kedua. Ia berlari. Kali ini tikus itu mampu mengurangkan silap
dalam perjalanan untuk tiba ke tempat keju. Sebagai ganjaran, ia nikmati keju itu.
Dilepaskan lagi tikus itu untuk kali ketiga. Ia bergerak dengan laju, penuh
yakin tanpa sebarang silap untuk mendapatkan keju kegemarannya.Tikus yang sama
dikembalikan semula ke permulaan laluan untuk kali berikutnya. Ia bergerak
pantas ke arah keju tetapi kali ini sebelum sempat sampai, keju itu telah
diangkat keluar, dan apabila ia sampai mendapati keju telah tiada.
Ujian diteruskan. Tikus yang sama sekali lagi diletakkan di permulaan
laluan dan keju diletakkan di hujung laluan. Tikus terus berlari bagi
mendapatkan keju, Seperti tadi sebelum tiba,keju dikeluarkan dan apabila tikus
itu sampai didapati keju tiada. Ia kecewa.
Bagi meneruskan uji kaji, tikus yang sama diletakkan lagi di prmulaan
laluan dan hujungnya diletakkan keju. Namun kali ini apabila tikus
itudiletakkan di permulaan laluan, tikus itu enggan bergerak. Ia hanya
mendiamkan diri, membatu.Nah, apa yang kita dapat dari uji kaji ini ialah tikus
terus belajar. Tetapi ia tidak mahu mengulangi salah dan silapnya. Tikus pun
pandai serik!
Namun ya biasalah, manusia tidak tau serik. Manusia tidak pandai jara!
Waima melakukan sesuatu kesalahan sama rapat kali, berulang-ulangkali dalam
hidupnya. Kemudian menerima akibat yang buruk dan hidupnya musnah, manusia
tetap tidak jera. Masih juga tidak serik. Manusia enggan mengambil iktibar.
Jikalah kita tersilap, benar setiap kita pernah tersilap, ingatlah serik.
Kembalilah ke jalan yang betul. Biasalah, kita suka menjadi “pakar” dalam melihat
kesilapan orang lain. Pandai pula mengulasnya. Tetapi kita jarang sekali
menjadi“pakar” melihat kebaikan mereka dan tindakan betul yang mereka ambil
agar kita dapat memberi pandangan secara positif.
Lihat, seorang guru dengan muridnya. Sebahagian guru cenderung untuk
mengkritik pelajar malas yang tidak melakukan tugasan mereka dan sentiasa lewat
ke kelas. Tetapi ya,berapa ramai guru yang memberi komen positif kepada pelajar
yang rajin, menepati masa dan yang mempunyai tulisan yang cantik!
Marilah kita berfikiran positif dan bersangka baik terhadap manusia.
Berikan galakan supaya mereka lebih banyak memberi. Faham-fahamlah, pada saat
pertama kali kita harus membuat kebiasaan, pada akhirnya kebiasaan itu yang
akan membentuk kita. Sebelum kebiasaan itu membentuk kita maka kita pun harus
membentuk kebiasaan lebih dulu.
Wallahu a’lam.
Haji Mohd. Salleh Abdul
Latif
Cetusan Minda Bilangan 108
Pelita Brunei
27 May 2014
No comments:
Post a Comment