Bismillaahirrahmaanirrahiim
Pada hari yang penuh keberkatan ini, dengan rasa kehambaan dan penuh pengharapan, kami bermohon
kepadaMu Ya Allah di majlis istiadat penghormatan jenazah tragedy MH17 ini
kurniakanlah ke atas kami kehormatan Ya Allah bagi menyambut ketibaan dua jenazah
penumpang MH17.
Bismillahiala milati rasulullah
saw
Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyuumu
Berikanlah keampunan, kehormatan dan kesejahteraan khususnya kepada dua jenazah
ini., allahyarhamah Ariza bt Gazalee dan allahyarham Muhammad Afif b Tambi begitu
juga dengan jenazah-jenazah yang lain.
Allah hummaghfir lahum, war
hamhum, wa’afihi a’afu ’anhum
Ya Allah berikanlah keampunan bagi kedua-dua jenazah ini, tingkatkanlah
darjatnya di sisiMu Ya Allah, tempatkanlah mereka di kalangan orang-orang yang
mendapat petunjukMu Ya Allah. Kurniakanlah mereka kelapangan dalam kuburnya,
dan terangilah mereka dengan cahaya nikmat surgaMu Ya Allah. Jadikanlah yang
ditujunya ini yakni alam akhirat mereka lebih baik daripada negeri yang
ditinggalkan.
Allahumma Ya Fatah Ya Aliim Ya
Allah
Sesungguhnya kami ini adalah milikMu jua, kepadaMu kami dikembalikan. Innalillahi wainnailahi rojiun.
Seterusnya kami pohonkan, khususnya kepada ahli keluarga sekalian, kekuatan
iman, ketabahan hati dan kesabaran jiwa dalam menghadapi musibah ini agar
pemergian mereka sentiasa didoakan, mudah-mudahan roh-roh mereka sentiasa dirahmati
dan diampuni, ditempatkan dalam surgaMu Ya Allah bersama-sama orang yang soleh.
Akhirnya kami pohonkan, permudahkanlah, permudahkanlah, permudahkanlah Ya
Allah segala urusan penyelenggaraan jenazah-jenazah ini dengan lancar, selamat
dan sempurna. Kekalkanlah kerjasama dan persefahaman saling bantu membantu, hormat
menghormati dan kasih sayang yang berpanjangan.
Rabbana atina fiddunya
hasanatan wa fil akhirati hasanatan waqina ’azabannar.
Wassalallahuala saidina
Muhammadin waala alihi wassohbi ajimain wal hamdu lillahi rabbi ’alameen.
Al-Fatehah.
Lapangan Terbang TUDM
Kuching Sarawak
22 Ogos 2014
No comments:
Post a Comment