Penelitian yang dilakukan oleh pakar psikologi ada mengatakan bahawa ketika
seorang anak damit itu lahir, dia sudah diberikan oleh Allah, jumlah sel
sarafnya adalah satu trillion sel saraf. Dari satu trillion sel saraf itu
dibagi menjadi dua, yang 100 juta untuk berfikir manakala yang 900 juta ini
fungsinya adalah memberikan nutrisi, memberikan bekalan makanan kepada yang 100
juta tadi.
Penelitian lanjutan pula membuktikan bahawa ketika satu sel saraf dari 100
juta itu diambil, ternyata boleh menciptakan 20 ribu hubungan, ya 20 ribu
cabang di dalam otak kita yang begitukecil.
Nah, mari kita hitung, jika dianggarkan satu sel saraf adalah 20 ribu
cabang atau 20 kilobyte, sifirlah kalau 100 juta, berapa kilobyte yang
boleh diciptakan oleh memori otak, memori otak seorang anak damit. Lalu layakkah
kita mengatakan bahawa kita tidak pintar atau kita tidak pandai?
Bukankah Allah menciptakan kita dengan jumlah neuron yang sama, iaitu satu
trillion sel saraf. Kita lahir dengan satu trillion yang yang sama siapa pun
orang tua kita. Waima orang tua kita seorang yang tidak pernah berpendidikan,
tetap Allah melahirkan kita dengan satu trillion sel saraf. Dan mempunyai
kemampuan 100 juta dikali 20 ribu cabang. Sifirlah sendiri! Jangan lupa bahawa
di dalam diri kita sendiri, di dalam diri anak kita, di dalam diri anak damit
kita, di dalam diri setiap manusia ternyata memiliki apa yang boleh kita sebut
sebagai “bio computer”, yakni komputer yang hidup. Yakni otak, otak yang luar
biasa. Jadi hasil penelitian dan kajian yang dilakukan pelbagai pakar
menunjukkan bahawa kita langsung tidak punya alasan untuk sering mengatakan,
“Aku tidak pandai.”
Kerana itu, Islam mengajarkan kita untuk bersyukur. Salah satu bukti syukur
seorang muslim adalah dia berusaha untuk memaksimakan potensi yang dikurniakan
oleh Allah kepada dirinya. Setiap diri kita punya kelebihan-kelebihan
tersendiri. Tinggal lagi, kitamenggilap dan mengasah bakat semula jadi yang
dianugerahkan oleh Allah itu.
Bukankah kita pernah lihat, baca, dan ketahui bahawa ada orang yang cukup
menarik, dia dilahirkan dalam keadaan yang tidak mempunyai tangan, tidak punya
kaki, tapi hari ini dia menjadi seorang motivator yang dikagumi dunia. Waima
dia lahir dalam keadaan cacat, tetapi dia telah membuktikan bahawa dia telah
berjaya. Jadi, anda bagaimana? Kejayaan tidak ada kaitan dengan masalah keberuntungan!
Membuat kesalahan dan kesilapan bukan disebabkan takdir! Kesalahan dapat
diatasi, jika mahu.
Wallahu a’lam.
Haji Mohd. Salleh Abdul
Latif
Cetusan Minda Bilangan 108
Pelita Brunei
27 May 2014
No comments:
Post a Comment