Tauban ra meriwayatkan satu hadis yang dapat membuatkan orang soleh tidak
dapat tidur dan khuatir amalan mereka menjadi sia-sia. Beliau berkata: Rasulullah saw bersabda: Aku benar-benar
melihat di antara umatku pada hari kiamat nanti ada yang datang dengan membawa
kebaikan sebesar gunung-gunung di Tihamah yang berwarna putih, lalu Allah
menjadikannya seperti kapas berterbangan.
Tauban ra bertanya: Wahai rasulullah
saw, jelaskan kepada kami, siapakah mereka itu? Agar kami tidak termasuk
golongan mereka kerana kami tidak tahu!
Baginda bersabda : Mereka adalah
saudara-saudara kamu dan sebangsa dengan kamu. Mereka juga bangun malam seperti
kami, tetapi apabila mendapat kesempatan untuk berbuat maksiat, mereka
melakukannya.
Wallahu a’lam.
Muhammad b Ibrahim Al-Nu’aim
Misteri panjang umur, 2010
No comments:
Post a Comment