Terbahagi pada 4 kategori utama :
a) Perubahan
Terdapat empat peringkat iaitu penafian (yang akan memberikan reaksi klasik
iaitu lawan atau lari), menentang
perubahan, penerokaan peluang baru dan penerimaan. Perubahan terbahagi kepada
dua kategori utama pula; perubahan yang diingini dan perubahan yang tidak
dijangka. Di mana Gordon Brim dam
bukunya Ambition menyatakan kita
jarang sekali mengubah kelakuan kita selepas menang. Sebaliknya kita
memendekkan jadual kita dan mempercepatkan rancangan kita untuk pencapaian.
Kita meningkatkan aspirasi kita. Kita menambah matlamat baru. Dalam keadaan
tertentu menang adalah lebih sukar untuk diurus daripada kalah!
b) Tekanan yang
tidak disedari / tekanan resapan
Ia umpama jerami yang mematahkan belakang unta. Josh Billings menulis, yang
membimbangkan dan merisaukan kita ialah perkara remeh; anda boleh mengelak dari
seekor gajah, tetapi tidak seekor lalat. Ia turut meliputi ungkapan isme seperti seksisme, resisme,
kelasisme dan sebagainya.
Jawapan ya kepada soalan-soalan berikut akan menunjukkan seseorang itu
menghadapi tekanan tidak disedari :
1. Adakah anda merasa letih hampir sepanjang masa, sekalipun selepas
menikmati tidur yang cukup?
2. Pernahkah anda merasa kurang positif tentang kehidupan baru-baru ini,
seolah-olah segala-galanya tidak memihak kepada diri anda?
3. Adakah anda menyedari diri anda merasa cepat marah hampir sepanjang
masa?
4. Adakah anda menyedari diri anda merasa kecewa hampir sepanjang masa?
5. Adakah anda merasa semakin sukar untuk memulakan senarai Mesti
Dibuat anda setiap hari?
6. Adakah anda kadangkala tertanya-tanya bilakah seseorang akan menyedari
yang anda tidak seproduktif seperti biasa kebelakangan ini?
7. Adakah anda menyedari bahawa, walaupun anda tidak sakit tetapi anda rasa
tidak begitu sakit?
c) Sifat peribadi
Tanpa disedari sesetengah tabiat yang kita pupuk dalam beberapa tahun
adalah puncanya. Salah satu tabiat penting ialah pengawalan ke atas pemikiran
kita. Begitu juga kesempurnaan dan jangkaan yang tidak realistik. Anda adalah
unik, bukannya sempurna. Berkerjalah untuk penambahbaikan berterusan bukannya
kesempurnaan. Sesungguhnya, tekanan yang dibebankan sendiri adalah 100 di dalam
kawalan anda!. Jika anda mewujudkannya, anda boleh menghapuskannya.
d) Tekanan
persekitaran Fizikal
Ini termasuklah di tempat kerja, rumah dan sebagainya. Kebisingan di tempat
kerja akan meninggikan suara apabila seseorang berkomunikasi hatta bila pulang
ke rumah yang boleh memungkinkan suasana tegang dalam kehidupan sebuah keluarga.
Wallahu a’lam.
Barbara J. Braham
Menangani Tekanan Bertenang
Apabila Dikritik
1997
No comments:
Post a Comment