PARA BUDIMAN berkata bahawa kesilapan yang dilakukan manusia berbeza-beza.
Ada besar. Ada yang kecil. Ada yang nampaknya senang diatasi namun banyak juga
yang sukar diatasi.Tetapi ya, tidak kira besar mana kesilapan itu,ianya masih
boleh diperbetulkan. Asas utamanya ialah kita mahu memperbetulkan. Waima untuk
memperbetulkan kesemua akibat buruk sesuatu kesilapan mungkin mustahil, masih
banyak yang boleh diperbetulkan.
Ramai orang yang gagal memperbetulkan kesilapan mereka kerana sangsi akan
kebolehan dan kemampuan atau kesabaran mereka untuk memperbetulkannya.Kekadang,
cara kita berdepan dengan kesilapan orang lain merupakan sebahagian daripada
kesilapan itu sendiri. Contoh yang paling mudah,jika anak kita membuat
kesilapan, kita mungkin menyalahkan dia dan memperkecilkan dia. Kemudian
memperbesar-besarkan kesilapan dia sehingga dia mula berfikir yang dia telah
terjatuh ke perigi buta tanpa jalan keluar! Oleh itu,dia tidak mengharapkan
apa-apa peluang untuk dia memperbetulkan kesilapannya, dan dengan itu, tetap
dipersalahkan.
Manusia berbeza sifatnya, dan fizikalnya. Mereka juga berbeza dengan
pandangan, fahaman dan urusan. Jika kita rasa seseorang telah melakukan
kesilapan, maka nasihatilah dia. Betulkan kesilapannya. Tetapi ya jika dia
tidak mendengar dan tidakmematuhi nasihat kita, jangan anggap dia
seorangdaripada musuh anda. Hadapilah situasi beginidengan secara optimistik,
menurut kemampuan anda. Jangan tukar persahabatan menjadi permusuhan.
Hubaya-hubaya, mereka yang mudah meminta maaf adalah orang yang kerap
berbuat salah atau silap. Apabila mudah meminta maaf bermakna keraplah dia
berbuat silap atau salah. Dari satu sudut sifat ini sangat mulia, tetapi dari
satu sudut yang lain ia tidak menggambarkan sikap yang menarik kerana orang
yang kerap berbuat silap atau salah seolah-olah tidak pernah belajar. Benar,meminta
maaf itu baik tetapi usah terlalu meminta kerana sesuatu yang senang diperolehi
lazimnya memang kurang bernilai! Maaf apabila terlalu kerap diminta dan diberi
harganya menjadi murah, nilainya menurun.
Katalah, dalam sehari teman kita menyinggung perasaan kita dengan kata-kata
yang sama berkali-kali, dan setiap kali pula dia akan meminta maaf kepada kita,
apakah kita selesa untuk bersamanya lagi? Apa nak dihairankan, corak kehidupan
memang macam itu. Entahlah! Jika awak berjaya di puncak, kemudian ada orang
memusuhi dan mencemburui, apa nak hairan.
Wallahu a’lam.
Haji Mohd. Salleh Abdul
Latif
Cetusan Minda Bilangan 108
Pelita Brunei
27 May 2014
No comments:
Post a Comment