Ya Allah Ya Aziz Ya Qawiyyu yang
Maha Perkasa lagi Maha Kuat. Bantulah aku Ya Allah Ya Wahehab di bulan yang
mulia ini bulan anugerahMu Ya Allah kepada hamba-hambaMu yang ingin mencari
kebahagiaan dan kedamaian di dunia dan akhirat, untuk mencari satu kekuatan dan
ketahanan jiwa agar jiwaku ini kuat dan mampu berada di atas landasan dan jalanMu
Ya Allah. Aku merayu kepadaMu Ya Ilahi Ya Rahman Ya Rahim Ya Quddus, berikanlah
aku peluang untuk membersihkan jiwaku yang selama ini aku kotori dengan
dosa-dosa, kelalaian kepadaMu, kesilapan dan keingkaran serta kesombongan
kepadaMu Ya Allah. Janganlah memalingkan wajahMu dariku Ya Allah, sesungguhnya
aku sangat-sangat memerlukanMu Ya Allah. Jiwa ini ingin kembali sujud kepadaMu.
Ya Allah, yang mencipta dan mengasihiku selama ini.
Ya Allah Ya azhiim Ya Quddus,
Tuhan yang Maha Agung dan Maha Suci, aku sering kali membaca Lailahaillallah
yang membawa erti Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau Ya Allah,
namun aku sedar ianya hanya di bibirku sahaja, ianya tidak mampuku ucapkan
dengan hati kerana dalam hatiku ini masih banyak lagi tuhan-tuhan lain selain
Engkau Ya Allah.
Selama ini aku bertuhankan nafsu
kerana aku lebih menurut nafsuku daripadaMu. Ya Allah. Ampunkan aku Ya Allah.
Selama ini aku bertuhankan dunia, wang ringgit dan harta benda. Ya Allah.
Sering kali aku mengabaikan perintahMu dan melanggar laranganMu Ya Allah. Aku
juga lebih mengutamakan kata-kata manusia, kehendak manusia, makhluk ciptaanMu
jua Ya Allah dan tidak mengutamakan Engkau. Ya Allah. Ampunilah, ampunilah,
ampunilah Ya Allah segala dosa-dosa aku selama ini kerana bertuhankan selain
daripadaMu Ya Allah.
Ya Allah Ya Aziz, Ya Qawiyyu, Ya Matin. Kuatkan jiwa
ini bersama puasa yang dilalui agar kekuatan jiwa ini mampu memerdekakannya
daripada menjadi hamba kepada dunia, manusia dan nafsu Ya Allah.
Aameen.
Dr Wan Masri
Asmaul Husna atas namaMu aku merintih
No comments:
Post a Comment