Saturday, August 9, 2014

Memerdekakan jiwa yang terpenjara dengan menjadi hamba (2)

Ya Malik

Ya Allah, kini kami sedar cintaMu Ya Allah Ya Wadud, Allah yang Maha Pencinta, cintaMu kekal abadi, tidak pernah padam dan Engkau sentiasa mengasihi dan memeliharaku serta member rezeki kepadaku. Engkau sentiasa berada di sampingku ketika orang lain meninggalkanku, Engkau sentiasa memberi kepadaku ketika orang lain tidak memperdulikanku, Engkau sentiasa melindungi ketika orang lain sering menyakitiku. Ya Allah, kini jiwaku tenang dengan kesedaran dan hidayahMu ini Ya Allah. Bimbinglah aku ke jalanMu, ke jalan takwaMu Ya Allah.

Ya Allah, merdekakan jiwaku daripada menjadi hamba kepada dunia, manusia dan nafsu Ya Allah. Sesungguhnya jiwa ini ingin kembali kepada fitrah kejadian yang sebenar, iaitu menjadi hamba kepadaMu Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pencinta. Semoga kemerdekaan jiwa ini akan membuahkan satu kehidupan yang berlandaskan kehendakMu dan semoga jiwa ini merdeka dan damai serta bahagia dunia dan akhirat.

Aameen.

Dr Wan Masri
Asmaul Husna atas namaMu aku merintih

No comments:

Post a Comment