Sunday, August 17, 2014

Mencari kebahagiaan sekeluarga

Ya Sami’

Ya Allah Ya Afuww yang Maha Pemaaf Ya Ghafur Yang Maha Pengampun Ya Tauwab yang Maha Menerima Taubat. Maafkan, ampunkan dan terimalah taubat kami yang sentiasa merasa bangga dengan amalan kami padahal dosa kami bagai lautan tidak kami sedari. Hanya rahmatMu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim yang akan menyelamatkan kami kerana manusia sentiasa lalai dan lupa terhadapMu, sedangkan Engkau tidak pernah lupa. Kau Ya Raqib sentiasa mengawasi kami dan Engkau Ya Munshi yang Maha Menghitung, sentiasa menghitung setiap perbuatan kami, janganlah Kau menghukum kami Ya Allah Ya Muntaqim yang Maha Menyeksa kerana seksaanMu terlalu keras dan kami tidak akan sanggup menghadapi nerakaMu.

Bangkitlah semangat kami dengan bantuan Ya Baristh yang Maha Membangkitkan Semangat. Kami serahkan diri untuk diagendakan oleh Ya Bari’ yang Maha Mengatur agenda manusia. Terangi jiwa kami dengan An-Nur Allah swt agar mampu melihat petunjuk dari Ya Hadi yang Maha Memberi Hidayah dan petunjuk agar diri sentiasa berada di atas orbit insan, iman dan Islam.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, rahmatilah ibu serta semua ahli keluarga yang tercinta. Satukanlah kami di surga, janganlah Kau pisahkan kami Ya Allah. Ya Allah semoga kejayaan yang Kau berikan kepada hambaMu akan menjadikannya lebih bersyukur. Ya allah Ya Wahhab, berilah kami kejayaan di dunia dan di akhirat. Aameen Ya Rabbal Alamin.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, alirkan rasa kasih sayang sesama kami kerana kami ingin mencintai kebenaran dan berbuat baik di jalanMu. Wahai sebauk-baik pemberi ganjaran, berkatilah setiap kebaikan kami sebagai ibadah, rahmatilah kami semua dengan syurgaMu. Ya Wasi’. Limpahkanlah kami dengan kurniaanMu yang meluas kemudahan dan kesenangan dunia kerana kami akan meninggikan syiarMu. Makbulkanlah segala doa-doa hajat kami, berkati hidup kami semua agar sentiasa dalam ihsan, iman dan Islam. Jadikanlah amal kami cahaya pada hari pertemuan denganMu Ya Allah.

Ya Allah Ya Aliyy yang Maha Tinggi, tinggikan darjat kami di sisiMu dan kumpulkan kami juga bersama seluruh insan yang kami sayangi bersama-sama kekasihMu nabi Muhammad saw dan seluruh abidMu dan orang-orang yang mendapat kecintaanMu serta pejuangMu. PadaMu kami berserah dan padaMu juga kami bakal kembali.

Aameen.

Dr Wan Masri
Asmaul Husna atas namaMu aku merintih

No comments:

Post a Comment