Ya Allah Ya Afuww yang Maha
Memaafkan Ya Ghafur yang Maha Pengampun, Ya Tauwab yang Maha Menerima Taubat,
ampunilah dosa-dosa hambaMu ini sama ada yang hambaMu ini sedar atau tidak
sedar, dosa-dosa di atas kejahilanku, keingkaranku dan ketelanjuranku.
Ya Allah Ya Quddus, yang Maha
Menyucikan, sucikanlah jiwaku dari segala penyakit-penyakit hati yang sedang
menghinggapi jiwaku. Ya Allah Ya Jalil, jernihkanlah jiwaku yang kotor ini.
Astaghfirullah, Allahuakhbar. Ya Quddus Ya Jalil, buangkanlah penyakit merasa
diri hebat, penyakit merendahkan orang lain, penyakit ego, penyakit memandang
negative kepada orang lain, penyakit mementingkan diri sendiri, penyakit sambil
lewa pelajaran agama, penyakit membanding-bandingkan diri dengan orang lain,
penyakit merasa ilmuku hebat dan merasa memiliki ilmi sedangkan ilmu itu semua
adalah hakMu Ya Aliim, penyakit merasa hartaku banyak dan merasa memiliki harta
kerana sesungguhnya harta itu hakMu Ya Ghani Ya Mughni yang Maha Kaya dan
Memberi kekayaan, merasa malas berjuang walaupun hambaMu ini yakin rasulullah
saw itu sentiasa berjuang sampai ke saat terakhir.
Ya Allah Ya Wadud, engkaulah yang
Maha Pencinta, tiada Tuhan yang layak disembah melainkanMu. Lailahaillallah,
Allahuakbar bantulah hambaMu ini membuang tuhan dunia, bantulah hambaMu ini
membuang Tuhan manusia, bantulah hambaMu ini membuang tuhan nafsu. Hanya Engkau
sahajalah Ya wadud yang Maha Pencinta yang layak duduk di dalam jiwaku.
Bantulah hambaMu ini mengeluarkan semua tuhan dan berhala-berhala lain daripada
hatiku ke genggamanku.
Sesungguhnya semua itu adalah
amanah daripadaMu untuk hambaMu ini menggunakannya bagi menjalankan tugas
khalifah di dunia ini. Hanya cintaMu sahaja yang kekal dan abadi yang mampu
membuat jiwaku bahagia. Cinta-cinta lain hanyalah sementara dan tidak kekal,
ianya akan pergi meninggalkanku tetapi Engkau Ya Wadud tidak akan pernah
meninggalkanku walau sesaat pun.
Aameen.
Dr Wan Masri
Asmaul Husna atas namaMu aku merintih
No comments:
Post a Comment