Ya Allah Ya Afuww Ya Ghaffur Ya
Tauwab. Ampunkanlah dosa-dosaku selama ini kerana lalai terhadapMu Ya Allah,
aku bertaubat dan tunjukkanlah aku ke jalan yang benar. Ya Hadi Ya Allah Ya
Qahhar, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Menundukkan, tundukkan ego dan
sifat kejahatan penyihir yang menyihirkan aku agar mampu keluar daripada
genggaman sihir dan syaitan.
Ya Allah Ya Latif, sesungguhnya
Engkau Maha Lembut dan mampu melembutkan hati yang keras, lembutkan hati
penyihir yang menyihirkan agar dia mampu mengeluarkan sihir tersebut dan
mememaafkanku sekiranya aku melakukan kesilapan kepadanya. Ya Allah Ya Mali,
yang Maha Membalik-balikkan hati manusia, balik-balikkan hati penyihir agar
menarik balik sihir ini dan mampu melakukan kebaikan buat diriku.
Ya Allah Ya Hadi yang Maha
Memberi Petunjuk, berilah petunjuk kepada penyihir ini agar kembali ke jalan
yang benar dan bertaubat kepadaMu. Sesungguhnya kami tidak mampu menghadapi
ujian ini dan keluar dari penyakit ini melainkan dengan izin dan pertolonganMu.
Engkaulah Ya Salam yang Mahu Menyembuhkan, sembuhkanlah penyakit kerana aku
ingin beribadat kepadaMu dan menyembahMu.
( Bacakan juga ayat dalam surah
asy-Syuara ayat 45: Kemudian Musa
menjatuhkan tongkatnya maka tiba-tiba ia menelan benda-benda palsu yang mereka
ada-adakan itu. )
Aameen.
Dr Wan Masri
Asmaul Husna atas namaMu aku merintih
No comments:
Post a Comment