Ya Bari’ dan Ya Musowwir
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim yang
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, sesungguhnya bebanan dan amanah yang
diberikan kepada kami ini terlalu berat dan kami hanyalah hamba ciptaanMu yang
tidak punya apa-apa keupayaan melainkan keupayaanMu yang Kau berikan kepada
kami.
Kami merayu dan memohon kepadaMu
Ya Bari’ yang Maha Perancang, agar Kau berikan perancangan yang baik buat kami
menguruskan aktiviti penyelidikan kami ini kerana sesungguhnya perancanganMu
yang paling hebat. Ya Allah Ya Aliim yang Maha Berilmu, Ya Hakim yang Maha
Bijaksana dan Ya Rasyid yang Maha Pandai berikanlah kami ilmuMu yang tidak
bertepi itu agar dengan ilmuMu kami mampu melaksanakan tugas ini dengan cara
terbaik.
Aameen.
Dr Wan Masri
Asmaul Husna atas namaMu aku merintih
No comments:
Post a Comment