Diriwayatkan bahawa tatkala nabi Musa as bercakap dengan Tuhan, ia bertanya: Ya Tuhanku adakah engkau memuliakan
seseorang seperti aku ini yang telah dapat mendengar percakapanMu? Maka
berfirmanlah Tuhan: Hai Musa! Ada hamba-hambaku yang kelak pada akhir zaman
akan Aku muliakan dengan bulan Ramadhan, merekalah yang lebih dekat padaKu dari
engkau, kerana Aku bercaka—cakap dengan engkau melewati tujuhpuluh ribu
dinding, tetapi jika umat Muhammad berpuasa sampai memutih bibirnya dan memucat
wajahnya waktu buka, maka akan Aku
angkat dinding-dinding itu. Hai Musa bahagialah mereka yang lapar dan dahaga di
bulan Ramadhan, yang tidak akan Aku balas kurang dari pada menemui Aku.
Maka seorang yang bijaksana harus mengetahui kebesaran dan kemuliaan bulan
Ramadhan sambil menjaga dan membersihkan dirinya dari sifat-sifat dengki, hasud
dan permusuhan, terhadap sesama orang muslim dan selalu merasa takut dan
khuatir tentang puasanya, kerana Allah berfirman: Sesungguhnya Allah hanya menerima amal dari mereka yang bertakwa.
Orang-orang yang berpuasa akan keluar dari kubur hari qiamat disambut
dengan hidangan makanan lengkap dengan peralatannya dan disilakan: Makanlah dan beristirehatlah kamu! Kamu
telah lapar di kala orang kenyang dan dahaga di kala orang lagi basah
tenggorokannya. Makan makan-makan dan minum-minumlah mereka sedang lain
orang masih menghadapi hisab.
Wallahu ’alam
H.Salim Bahreisy
Bekal Juru Da’wah Jilid 1
Surabaya, 1977
No comments:
Post a Comment