Ya Allah Ya Wahhab Tuhan yang
Maha Pemberi, Ya Mujib yang Maha Menunaikan permintaan dan doa hambaNya, kami
sekali lagi berkumpul di sini demi mencari redaMu Ya Allah. Jiwa yang insaf dan
sedar akan siapa diri ini Ya Allah, siapa Tuhan kami Ya Allah dan ke mana
akhirnya kami akan pergi Ya Allah.
Ingin kembali ke atas fitrahnya
yang asal, yang meletakkan kecintaan dan matlamat utama hanya kepadaMu Ya
Allah. Kami yakin dengan sifat-sifat dan nama-nama terpujiMu. Ya Allah, kami
menaruh sepenuh pengharapan dan keyakinan bahawa Engkau Ya Wahhab yang Maha
Pemberi, Ya Wasi’ Yang Maha Luas Pemberian, Ya Fatah yang Maha Pembuka Jalan akan membantu kami membina dan membangunkan
jati diri kami yang sebenarnya, membantu kami membuang segala sifat-sifat buruk
yang tidak layak berada dalam diri kami yang bergelar hamba.
Ya Allah, Ya Ghaffar, Tuhan yang
Maha Pengampun, Ya Quddus, yang Maha Suci, Kau bersihkanlah jiwa kami dari
segala kekotoran dosa dan sifat-sifat buruk yang sekian lama bertapak di hati
kami ini Ya Allah. Dengan jiwa yang bersih ini, kami mampu menjalani hidup yang
bahagia sebagai hamba serta khalifahMu dan akhirnya dapat melayakkan kami
berjumpa denganMu di penghujung kehidupan kami nanti Ya Allah.
Ya Allah Ya Malik yang Maha
Berkuasa, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Wahhab lagi Maha Penolong. Bantulah kami
dalam menjalani kehidupan ini, hambaMu yang soleh serta solehah, sebagai anak
yang soleh/solehah, mahasiswa yang bertanggungjawab, sebagai sahabat kepada
sahabat-sahabat kami yang selalu memberi nasihat kebaikan dan kebenaran sesama
kami Ya Allah. Agar kami menjadi seorang insan yang berjaya di dalam cita-cita
kami sebagai khalifah dan hambaMu Ya Allah di dunia dan akhirat.
Aameen.
Dr Wan Masri
Asmaul Husna atas
namaMu aku merintih
No comments:
Post a Comment