Friday, August 8, 2014

Mengadu kesakitan dan memohon kesembuhan

Ya Salam

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim sesungguhnya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kasihanilah hambaMu ini Ya Allah. HambaMu merayu dan merintih, berikanlah ketentuan yang baik buatku, ampunilah segala dosa-dosaku dan aku bertaubat kepadaMu atas segala dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Ya Afuww yang Maha Memaafkan, Ya Ghafur yang Maha Pengampun dan Ya Tauwab yang Maha Menerima Taubat.

Ya Allah Ya Aziz sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa, Ya Qawiyyu Engkaulah yang Maha Kuat dan Ya Matin Engkaulah yang Maha Teguh dan Mantap, hanya kekuatanMu sahaja yang mampu aku gunakan untuk melawan kesakitan ini. Dengan kekuatanMu jugalah, aku mampu melawan musuh yang sedang menyerangku ini. Berikanlah kekuatanMu padaku Ya Allah agar hambaMu yang sedang menderita ini mampu melawan kesakitan. Sesungguhnya tipu daya syaitan dan manusia ini sangat lemah dan palsu. KekuatanMu yang Maha Hebat itu sudah tentu tidak tergambar olehku dan aku yakin Engkau Ya Aziz mampu mengalahkan penyihir yang menyihirkan aku ini. Ya Allah Ya Qahhar, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Menundukkan. HambaMu ini merintih dan merayu agar Kau tundukkan kekuatan sihir ini agar ia mampu keluar daripada tubuhku ini. SEsungguhnya Ya Malik, semuanya adalah milikMu. Kau mampu melakukan apa sahaja kerana sesungguhnya EngkauYa Muqtadiru yang Maha Menentukan.

Ya Allah Ya Salam yang Maha Memberi Kesejahteraan dan Menyembuhkan, Ya Wahhah yang Maha Pemberi. Berikanlah hambaMu ini kesihatan, pemyembuhan dan kesejahteraan agar aku mampu menyembahMu dan menjalankan tugas khalifah yang Engkau amanahkan kepadaku. Ya Allah Ya Mujib, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengabulkan. Kabulkan doa, rayuan dan rintihan hambaMu ini yang sedang menderita. Sesungguhnya Engkau Ya Rahman Ya Rahim.

Aameen.

Dr Wan Masri
Asmaul Husna atas namaMu aku merintih

No comments:

Post a Comment