Pengajian ke-10
Diriwayatkan bahawa malaikat Jibril datang pada nabi Muhammad saw dan
berkata: Hai Muhammad! Tuhan menyampaikan salam dan memesankan, bahawa
barangsiapa dari umaatmu bertaubat satu tahun sebelum matinya diterimalah
taubatnya. Tempo satu tahun untuk umatku adalah panjang, kerana kealpaan dan
harapan panjang yang menguasai mereka, jawab rasulullah saw kepada Jibril. Lalu
Jibril pergi dan kembali lagi berkata: Tuhanmu berfirman: Bahawa barangsiapa
bertaubat sebulan sebelum matinya diterimalah taubatnya. Satu bulan pun masih
panjang bagi umatku, sabda rasululah saw.
Dan pergilah Jibril untuk kembali membawa poesan bahawa Allah menerima
taubat hambanya satu hari sebelum ia mati. Hai Jibril! Bersabda rasulullah saw,
satu hari masih panjang bagi umatku. Pergi lagi Jibril dan kembali berkata: Hai
Muhammad Tuhanmu berfirman bahawa barangsiapa bertaubat satu jam sebelum
matinya diterimalah taubatnya. Satu jampun masih panjang bagi umatku, sabda
rasulullah.
Maka berangkat lagi Jibril dan kembali berkata: Hai Muhammad! Allah
menyampaikan salam dan berfirman, bahawa barangsiapa menghabiskan semua umurnya
dalam maksiat dan tidak kembali kepadaKu setahun, sebulan, sehari atau sejam
sebelum matinya sampai detik ia bersekarat di mana rohnya sidah berada di
tenggorokan dalam keadaan mana ia tidak dapat mengucapkan taubat dan perminytaan
ampun dengan lidahnya, tetapi merasa menyesal dengan hatinya, maka Aku
mengampunilah ia. (Zubdatul-Wai’dhin).
Berkata beberapa ahli hikmah: Taubat seseorang dapat diketahui dari empat
perkara; Pertama, ia dapat mencegah lidahnya dari mencampuri urusan orang lain,
mencela orang di belakangnya, memfitnah dan berdusta. Kedua bahawa ia tidak
merasakan di dalam hatinya dengki dan permusuhan terhadap orang lain. Ketiga,
menjauhkan diri dan tidak bersahabat dengan kawan-kawan jahat. Keempat, selalu
siap menghadapi maut sambil menyesal atas dosanya dan minta ampun atas
dosa-dosa yang lalu serta sungguh-sungguh melakukan ibadah dan taat kepada
Tuhan.
Menurut riwayat saidina Abubakar ra bahawa rasulullah saw bersabda: Perbanyaklah membaca la ilaha illallah dan
istighfar, karena Iblis yang terkutuk berkata: Aku telah binasakan manusia
dengan dosa dan maksiat dan mereka membinasakan aku dengan Syahadat dan
istighfar, maka aku binasakanlah mereka dengan hawa nafsu, sehingga dengan
tiada sedar mereka mengira bahwa mereka adalah orang-orang yang berhidayat.
(Dur manthur)
Wallahu ’alam
H.Salim Bahreisy
Bekal Juru Da’wah Jilid 1
Surabaya, 1977
No comments:
Post a Comment