Pertama, menyedari bahawa amal soleh yang dapat kita lakukan adalah berkat kurniaan
Allah swt semata-mata.
Kedua, menyedari bahawa ada orang lain yang memiliki pahala lebih banyak.
Usahalah untuk menahan diri daripada menyombongkan pelbagai amal soleh yang
telah kita lakukan.Syukur pada Allah kerana terselamat daripada godaan nafsu,
dengan tetap melakukan amal-amal soleh dan termasuk orang yang mendapat
petunjuk.
Ketiga, menyedari bahawa sebesar apa pun pahala yang kita dapatkan, di akhirat
kelak kita akan melihatnya sangat kecil lantaran suasana hari itu yang amat
mengerunkan dan kita menjadi sedar bahawa kita belum beribadah kepada Allah
dengan bersungguh-sungguh. Muhammad b Abu Umairah ra berkata: Sekiranya diperlihatkan kepada seorang hamba
segala apa yang dia lakukan sejak lahir sehingga mati dalam ketaatan kepada
Allah, hari kiamat akan membuat amal-amalnya kelihatan kecil. Dia pasti ingin
dikembalikan ke dunia agar dapat menambah pahala dan kebaikannya.
Keempat, jangan terlampau percaya bahawa amalan-amalan kita sudah banyak! Ibn’Aun
berkata: Jangan menyakini bahawa amal
kita sudah banyak, kerana kita tidak tahu sama ada amal-amal itu diterima di
sisi Allah atau pun tidak! Sesungguhnya semua amal kita itu masih misteri.
Aisyah ra mengatakan dirinya pernah bertanya kepada rasulullah saw tentang
makna ayat : Dan orang yang memberikan
apa yang telah mereka berikan dengan hati yang takut (al-Mu’minum:60).
Aisyah ra bertanya: Apakah mereka ini
orang-orang yang minum minuman keras dan mencuri? Rasulullah saw menjawab: Bukan, wahai puteri al-Shiddiq, akan tetapi
mereka adalah orang yang berpuasa, bersolat, bersedekah tetapi mereka takut
kalau-kalau amal mereka tidak diterima (di sisi Allah). Mereka itulah orang
yang bersegera melakukan kebaikan.
Wallahu a’lam.
Muhammad b Ibrahim Al-Nu’aim
Misteri panjang umur, 2010
No comments:
Post a Comment