Thursday, August 14, 2014

Indahnya kasih itu.......


...... Dia tersenyum kecil. Dengan nada sayup dan tenang, dia berkata, Bila I kahwin dengan you, bukan bermakna I kahwin dengan you sahaja Kay. I kahwin dengan keluarga you juga. I tahu perasaan ayah, rindu pada Firdaus. Tapi lelaki seego ayah, tak akan mengaku di hadapan kita. Biarlah kita yang meminta maaf dari mereka. Kita tak patut membelakangi mereka sebab mereka yang melahirkan kita.

Kata-kata Zainal menjadikan aku begitu sebak sekali. You baik pada ayah dan mak. Bersusah payah menolong mereka selepas apa yang mereka buat pada you sebelum ini.

Dia tersenyum. Dalam dunia ni Kay, bukan sifat benci atau dendam sahaja yang wujud. Kita ada sifat saling bermaafan, bertolak ansur, saling memahami sesama sendiri, saling sayang menyayangi. Kalau benci dan dendam sahaja yang you tanamkan dalam jiwa you, sampai bila hidup you tak akan senang. Kan lebih baik jujur pada diri sendiri, terima takdir Allah dan memaafkan apa yang mereka buat pada you. Kekayaan bukan harta yang boleh kita bawa ke akhirat. Pahala kita, amalan kita. Berdendam dan membenci itu dosa. Lebih-lebih lagi pada orang tua yang kita panggil mak dan ayah. Benci macam mana pun kita pada mereka, kita tetap bawa nama mereka sampai bila-bila.

Ya, sampai bila-bila aku tetap akan membawa nama kedua orang tuaku itu.

Biarlah orang lain ada sifat begitu, tapi jangan kita. Biar kita dengan cara kita. Kita ada cara hidup kita. Jangan jadi kebencian itu menghalang kita untuk jadi anak yang baik. I tak mahu itu ada dalam diri kita, dan juga pada anak-anak kita. Macam juga dengan you, sejak bila boleh jadi kepala batu dengan I? Dulu, I senang  nasihat you. You terima apa yang I cakapkan tu  betul, tapi you sengaja nak menentang I. Kenapa jadi begini Kay?

Mungkin sembilan tahun dulu yang mengajar I jadi macam tu. I’m so sorry Nal.

Kita dari dua dunia yang berbeza, tapi Allah tetap pertemukan kita. Bukan sekali, tapi dua kali. Tapi I dah ada sekarang. Jangan macam tu lagi, okey.

Sebak hatiku mendengar kata-katanya. Aku tenung wajahnya dalam-dalam. Dia turut sama merenungku. Kenapa? I salah cakap ke?

Aku menggeleng. Kemudian menyentuh pipinya perlahan. No, you talk so good.......

Wallahu a'lam.

Sehangat Asmara
Aisya Sofea

No comments:

Post a Comment