Ya Allah Ya Afuww yang Maha
Memaafkan Ya Ghafur yang Maha Pengampun, Ya Tauwab yang Maha Menerima Taubat,
ampunilah dosa-dosa hambaMu ini sama ada yang hambaMu ini sedar atau tidak
sedar, dosa-dosa di atas kejahilanku, keingkaranku dan ketelanjuranku.
Ya Allah Ya Aziz yang Maha
Perkasa, Ya Qawwiyu yang Maha Kuat dan Ya Matin yang Maha Mantap, perkuatkanlah
hatiku ini agar mampu menghadapi segala kesulitan hidup dan dugaan yang Engkau
berikan. Sepertimana Siti Hajar mempunyai kemahuan yang kuat berusaha mencari
air untuk nabi Ismail as tanpa jemu dan putus asa. Sesungguhnya hidup ini perlu
berusaha dan bersungguh-sungguh dengan bantuanMu.
Ya Ba’ith yang Maha Membakar
Semangat, bakarlah semangatku untuk terus mengharungi segala ujian hidup yang
Engkau bentangkan kepada hambaMu ini. Jadikalah keperitan, penderitaan,
kesakitan itu sebagai satu nikmat yang dirasai pada jiwa hambaMu ini kerana
itulah proses Engkau membina kekuatan dan ketahanan serta kesabaran diriku agar
hambaMu ini mampu memikul tanggungjawab khalifahMu. Ya Engkau berikanlah
kepadaku kemudahan ya Wahhab yang Maha Memberi, Ya Basith yang Maha Melapangkan
hidup, Ya Fattah yang Membuka ruang-ruang kehidupan, Ya Razzak yang Maha
Memberi Rezeki, agar dengan kemudahan dan rezekiMu hambaMu ini mampu bangkit
membela agama, bangsa dan negara.
Aameen.
Dr Wan Masri
Asmaul Husna atas namaMu aku merintih
No comments:
Post a Comment