Ya Aziz,
Ya Qawiyyu, Ya Matin dan Ya Ba’ith
Ya Allah Ya Aziz yang Maha
Perkasa Ya Qawiyyy yang Maha Kuat dan Ya Matin yang Maha Teguh dan Sempurna
KekuatanMu, tiada yang lebih perkasa dan kuat melainkan Engkau Ya Allah.
Diriku ini hanyalah hamba
kepadaMu Ya Khalik dan kerana itulah diri ini sentiasa merasa lemah dan tidak
berdaya. HambaMu ini memohon kepadaMu Ya Aziz Ya Qawiyy dan Ya Matin kekuatan jiwa
untukku hidapi segala rintangan dan ujian hidup ini kerana dengan kekuatanMu
daku dapat mengatasi segala masalah dan kesulitan di dalam hidup.
Ya Allah Ya Ba’ith yang Maha
Membakar Semangat, bakarlah semangatku untuk terus berusaha bagi menghadapi
rintangan dan ujian. HambaMu ini sedar Ya Allah, Engkau ingin menjadikan aku
umpama berlian yang sangat bernilai dan berharga. Sesungguhnya Ya Allah aku
sedar yang berlian itu dicipta dengan penuh tekanan yang amat dahsyat dan
memakan masa yang lama sehingga terjadinya berlian yang sangat cantik dan
berharga.
Aku sedar proses tekanan dan
ujian ini mesti dilalui kerana Engkau Ya Rahman Ya Rahim ingin menaikkan
martabatku hampir kepadaMu dan ianya mesti dilalui oleh setiap manusia yang
hebat. Aku yakin Engkau Ya Aziz tentu
akan menguatkanku dan membangkitkan semangatku. Engkau Ya Wahhab yang Maha
Pemberi Ya Mujib yang Maha Mengabulkan, kabulkanlah permintaan hambaMu ini.
Aameen.
Dr Wan Masri
Asmaul Husna atas namaMu aku merintih
No comments:
Post a Comment