bumi merdeka bertuah ini
kitalah yang berdiri megah di
hamparannya
membina kota peribadi di celah
rimba kemajuan
pun terkadang kita alpa pada jati
diri
lupa asal diri
kita ketiduran oleh gemilang
duniawi.
Ayuh! Bersama kita bangkit duhai
anak
kita gengam panji kemerdekaan ini
seeratnya
pandangi hadapan dengan mata hati
santuni bangsa dengan akal budi
lontar sejauhnya hedonism dari
padang fikir
kita lonjak martabat bangsa
dengan semangat pahlawan pembela
nusa.
Anakku
kau penyambung warisan
akan kupimpinmu ke gerbang
wawasan
bersama sepotong pesanan
bahawa merdeka itu
bukan sekadar kibar bendera.
Mohd Salleh Osman
Presint 16, Putrajaya
BH, 28 Ogos 2014
No comments:
Post a Comment