Pengajian ke-5
Berkata Abu Umamah Albahili: Seorang telah mati dan setelah diletakkan
dalam lahadnya datanglah seorang malaikat duduk di sebelah kepala seraya
memukuli sehingga menjadikan anggota badanya terputus-putus, lalu
memerintahkan: Bangunlah kembali engkau
dengan seizin Allah dan bangunlah si mayat berteriak sepenuh suaranya yang
terdengar antara langit dan bumi seraya berkata memprotes: Kenapa engkau berbuat ini dan menyiksaku padahal aku mendirikan solat,
mengeluarkan zakat dan berpuasa bulan Ramadhan.
Malaikat menjawab: Aku menyiksamu
kerana engkau pada suatu hari melihat seorang yang madhlum memohon
pertolonganmu tetapi engkau enggan menolongnya dan juga pernah engkau pada
suatu hari bersembahyang sebelum beristinja dari kencingmu.
Kerananya dikatakan bahawa menolong seorang yang madhlum adalah perbuatan
wajib, sebagaimana diriwayatkan bahawa rasulullah saw bersabda: Barangsiapa enggan menolong seorang madhlum
yang memohon pertolongannya, akan dipukul di hari Qiamat dengan seratus kali
cambok dari api (Mukasyafatul-Gulub).
Wallahu ’alam
H.Salim Bahreisy
Bekal Juru Da’wah Jilid 1
Surabaya, 1977
No comments:
Post a Comment