Ya Aliim,
Ya Hakim dan Ya Rashid
Ya Allah Ya Malik yang memiliki
hati kedua ibu bapa kami dan guru-guru kami, Kau sedarkanlah mereka bahawa
semua A dalam peperiksaan bukanlah segala-galanya. Ya Allah tetapi yang lebih
penting adalah sejauh mana ilmu itu dapat kami amalkan dalam hidup untuk
mendekatkan diri kepadaMu dan sejauh mana kami menggunakan ilmu itu untuk
mengajak manusia ke jalanMu Ya Allah. Kau lembutkanlah hati mereka Ya Latif
yang Maha Melembutkan dan Ya Syakur yang Maha Menghargai kami serta memahami
bahawa kami sememangnya sedang berusaha bersungguh-sungguh dan sesungguhnya
pertolongan Allahlah penentu segalanya.
Ya Allah Ya Bari’ yang Maha
Mengatur Urusan, sesungguhnya hambaMu ini tahu bahawa Engkau telah memilih kami
untuk menjadi pejuangMu di barisan utama kerana kami telah dibekalkan dengan
senjata yang terhebat iaitu al-Quran yang penuh mukjizat dan juga ilmu duniawi
serta ukhrawi. Maka Ya Allah Ya Hafiz
yang Maha Memelihara, Kau peliharakanlah iman dan ilmu kami agar kami dapat
menjadi mujahidin dan mujahadah yang syahid dalam keredaanMu.
Ya Allah Ya Ghanniyu yang Maha
Kaya Ya Mughni yang Maha Memberi Kekayaan, kayakanlah hati dan minda kami
dengan ilmu dan akhlak yang indahYa Allah supaya kami dapat menyelamatkan
saudara-saudara kami di seluruh dunia yang kian hancur akibat pengaruh dari
musuh-musuh kafir. Semoga dengan ilmuMu Ya allah Ya Aliim, jadikan kami
pemimpin hebat dan adil lagi bijaksana yang bakal menyelamatkan agama Islam,
bangsa serta negara kami.
Aameen.
Dr Wan Masri
Asmaul Husna atas namaMu aku merintih
No comments:
Post a Comment