Di gunung sombong membumbung
di halaman alpa angkuh terdorong
di kuku kuasa ranggi meninggi
diri
tumbuh duri menajam
di dalam diri.
jauhkan keburukan wahai manusia!
di pintu keliru kita
juga yang tertipu
oleh kebaikan
yang pura-pura selalu.
Pada manis senyuman kita terpikat
kecantikan pura-pura
jahat memikat
wang segalanya
belantara angkara
kita harus berjaga dan waspada.
Ini dunia penuh dengan tipu daya
jangan sesekali mudah terpedaya
terpedaya kita oleh lembut bahasa
terkena kita oleh angkara rahsia
angkara mulut dan juga lidah
manusia banyak mendapat padah.
Ami Masra
USJ 4, Subang Jaya
Berita Harian
17 Ogos 2014
No comments:
Post a Comment