Ya Aliim,
Ya Hakim dan Ya Rashid
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kau
yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Engkau memberikan kasih dan sayangMu
dengan melimpah ruah, Engkau tetap member walaupun kadang-kala kami lalai dan
lupa kepadaMu.
Ampunkanlah segala dosa-dosa kami
Ya Afuww yang Maha Pemaaf, Ya Ghafur yang Maha Pengampun, Ya Tauwab yang Maha
Penerima Taubat. Kami hambaMu tidak pernah terlepas dari melakukan kesalahan.
Ya Allah Ya Malik yang Maha Pencipta, sesungguhnya kami sedar kami hanyalah
ciptaanMu yang Engkau ciptakan dari tanah yang hina dan Engkau ciptakan kami
hanya untuk mengabdikan diri kepadaMu serta menjadi khalifahMu. Maafkan kami
kerana sering terlupa tentang tanggungjawab kami sebagai khalifahMu Ya Allah,
sedangkan Kau tidak pernah lupa untuk member nikmat kepada kami, member
kebahagiaan serta ilmu kepada kami, maafkan kami dan ampunlah segala kelalaian
dan kekhilafan kami.
Ya Allah Ya Aliim yang Maha
Berilmu Ya Hakim yang Maha Bijaksana Ya Rasyid yang Maha Pandai, kami hambaMu
yang lemah ini bakal menghadapi peperiksaan SPM yang amat penting bagi kami
untuk meneruskan perjuangan menegakkan Islam, satu-satunya agama yang diterima
di sisiMu Ya Allah. Maka Ya Allah, Kau kurniakanlah kami sedikit ilmuMu,
sedikit kebijaksanaanMu dan kecerdasanMu agar kami dapat menjawab soalan
peperiksaan dengan baik, tenang dan teratur. Ya Allah Ya Malik hanya padaMu
kami bertawakal, tiada yang lain Ya Allah.
Ya Allah Ya Ghafur yang Maha
Pengampun, ampunkan dan maafkan kami kerana sebelum ini kami menyangka bahawa
keputusan cemerlang itu datangnya dari usaha kami semata-mata. Sedangkan Ya
Allah, hanya padaMu terletak segala ketentuan yang terbaik buat kami, bukanlah
kami penentunya. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik perancang dan pengatur
wahai Ya Bari’.
Aameen.
Dr Wan Masri
Asmaul Husna atas namaMu aku merintih
No comments:
Post a Comment