Showing posts with label Buletin. Show all posts
Showing posts with label Buletin. Show all posts

Friday, April 24, 2015

Cintai buku (4)

11. Petua khusus ketika membaca

a) Membaca bukan sekadar melihat susunan tulisan dan perkataan. Tetapi membaca perlu giat dilakukan.
b) Membaca bukan kegiatan santai tetapi membaca memerlukan kemahiran khusus untuk memanfaatkan bahan dan sumber yang diperolehi
c) Membaca perlu dilakukan dengan pantas kerana kini sudah terlalu banyak maklumat yang semakin melimpah dalam kehidupan kita. Kita sudah tiada pilihan selain daripada menggiatkan kegiatan membaca
d) Membaca memerlukan pergerakan mata yang pantas dan bersistem. Ini memerlukan penumpuan.
e) Membaca melibatkan usaha memilih kandungan utama yang ada dalam bahan bacaan. Anda perlu menjadi pemilih yang baik.
f) Membaca melibatkan perasaan dan fikiran. Proses pembacaan yang berkesan memerlukan penyatuan perasaan dan fikiran dengan bahan yang dibaca.

Wallahu alam.

Edisi Khas Fokus
PISA 2015


Wednesday, April 22, 2015

Cintai buku (3)



10. Mitos dan fakta tentang membaca

Bil
Mitos
Fakta

1
Membaca amat menyusahkan
Membaca akan menjadi amat mudah sekiranya anda fikir begitu

2
Membaca perlu dilakukan perlahan-lahan supaya lebih faham apa yang dibaca
Adalah lebih baik membaca dengan pantas sebanyak 2 kali berbanding membaca dengan perlahan-lahan tetapi hanya sekali sahaja



3
Membaca perlu dilakukan di tempat khas
Membaca boleh dilakukan di mana-mana sahaja tetapi ia perlu dilakukan dengan sepenuh perasaan. Ini kerana membaca bermakna menggunakan perasaan anda untuk menguasai maksud yang terkandung di dalam bahan bacaan tersebut.


    4
Membaca perlu dilakukan dengan mengikuti setiap patah perkataan yang ada di dalamnya.
Membaca tidak semestinya dilakukan dengan mengikuti setiap patah perkataan semata-mata, kerana ia   tidak menggambarkan maksud ayat secara keseluruhan.

Wallahu alam.

Edisi Khas Fokus
PISA 2015

Tuesday, April 21, 2015

Cintai buku (2)

6. Lihat soalan latihan di akhir bab
Anda boleh tinggalkan langkah 5 dan lakukannya kemudian. Soalan-soalan latihan yang disediakan di akhir setiap bab biasanya akan menyentuh perkara-perkara penting dan fokus kepada perkara yang dititikberatkan dalam bab tersebut. Untuk memudahkan dan mempercepatkan proses membaca, pelajar boleh membaca soalan dan cuba mencari jawapannya. Ini dapat menjimatkan masa dan mengelak daripada menghabiskan banyak masa dengan membaca bahagian yang kurang penting.

7. Nak baca semua tetapi tak cukup masa
Teknik yang boleh digunakan :
a) Membaca perenggan pertama dalam setiap tajuk kecil
b) Kemudian teruskan dengan membaca ayat pertama bagi setiap perenggan
c) Fahami perkataan-perkataan pelik atau teknikal.

8. Conteng-conteng atau nota ringkas
Setiap pelajar memiliki kaedah dan kecenderungan yang berbeza ketika membaca.Terpulang asalkan anda suka dan selesa. Ada yang menulis semula dengan cantik dan kemas kerana sukar membawa buku teks bersama-sama sepanjang masa. Namun ada yang suka menconteng di buku teks agar tidak hilang!

9. Fahami istilah-istilah pelik dan rujuk bahagian glosari jika perlu.
Biasanya istilah yang terlibat dipinjam daripada bahasa asing di seantero dunia. Rajin-rajinlah merujuk di bahagian glosarinya.

Wallahu alam.

Edisi Khas Fokus
PISA 2015

Sunday, April 19, 2015

Cintai buku (1)


11 tip cipta mood ekstrem

1. Makan angin (previu)
Iaitu berjalan-jalan, tengok-tengok sambil memerhati dan menikmati pemandangan serta gambaran bagi setiap helaian muka surat bagi sesuatu bab. Lihat gambar-gambar yang ada. Baca topik dan subtopik yang ada dalam bab tersebut. Lihat berapa muka surat yang ada dalam bab tersebut. Tujuannya memberi peluang kepada minda supaya tahu apa yang akan ditemui sepanjang proses pembelajaran itu dan lebih bersedia menghadapinya. Mungkin ia nampak remeh. Biasanya proses makan angin hanya mengambil masa 2-3 minit.

2. Masuk pintu depan (pengenalan)
Bacalah bahagian pengenalan. Biasanya bahagian pengenalan mengandungi gambaran awal tentang apa yang akan dipelajari dalam sesuatu topik dan perkara utama yang bakal disentuh. Maka dengan membaca pengenalan secara langsung memberi peluang kepada minda untuk mendapat gambaran kasar dan bersedia terhadap maklumat-maklumat yang bakal ditemui dan dicerna untuk menghasilkan satu pemahaman yang berguna. Ini membolehkan pelajar membezakan antara fakta yang penting dan kurang penting.

3. Meneroka, menjelajah dan berkenalan dengan perkara baru
Mari kita lihat satu persatu benda-benda besar atau perkara penting yang ada dalam bab ini yang belum pernah anda lihat sebelum ini. Caranya ialah dengan meneliti dan membaca topik-topik, subtopik, ilustrasi atau gambar rajah, konsep dan istilah.

Selepas membaca dan memerhati terlebih dahulu topik dan subtopik, kemudian baca pula poin-poin kecil atau butiran penting yang terdapat dalam setiap topik dan subtopik itu. Tetapi tidak perlu baca penjelasannya yang panjang lebar.

Untuk setiap butiran tersebut fikirkan dan cuba fahamkan, cuba bayangkan dalam imaginasi apakah yang hendak disampaikan. Cuba kaitkan dengan apa yang pernah dipelajari sebelum ini atau kaitkan dengan segala pengetahuan yang ada. Kemudian tandakan dengan pensel bagi setiap butiran atau poin yang anda tidak tahu.

Seterusnya perhatikan pula gambar, gambar rajah, jadual, graf atau apa sahaja ilustrasi yang terdapat dalam bab tersebut. Baca penjelasan yang menerangkan tentang gambar, gambara rajah, jadual, graf atau apa sahaja ilustrasi tersebut.

4. Keluar pintu belakang (penutup)
Selepas itu, keluar mengikut pintu belakang (penutupnya). Bahagian penutup merupakan kesimpulan atau ringkasan terhadap keseluruhan bab tertentu. Oleh itu, membaca bahagian penutup membolehkan kita memahami secara keseluruhan terlebih dahulu tentang isi kandungan penting yang hendak disampaikan sebelum kita membaca secara terperinci satu per satu tentang bab tersebut. Walaupun terdapat sesetengah pelajar yang cenderung untuk mengabaikan daripada membaca bahagian pengenalan dan penutup kerana mereka beranggapan membaca isi utama dan subtopik-subtopik penting adalah lebih utama kerana itulah yang hendak disampaikan dan diajar oleh penulis buku teks. Tetapi mendapatkan gambaran awal dan kesimpulan ringkasnya memudahkan kita untuk memahami isi kandungan keseluruhannya yang lebih rumit.

5. Kembali ke bahagian (2) dan baca
Setelah selesai meneliti membaca penutup atau kesimpulan bab tersebut, rujuk semula poin-poin yang tidak difahami yang telah kita tandakan dengan pensel tadi. Kemudian cuba baca penerangan kepada poin tersebut dan fahamkan.

Wallahu alam.

Edisi Khas Fokus
PISA 2015

Wednesday, August 13, 2014

Setiap kesilapan dapat diatasi, jika mahu! (5)

Penelitian yang dilakukan oleh pakar psikologi ada mengatakan bahawa ketika seorang anak damit itu lahir, dia sudah diberikan oleh Allah, jumlah sel sarafnya adalah satu trillion sel saraf. Dari satu trillion sel saraf itu dibagi menjadi dua, yang 100 juta untuk berfikir manakala yang 900 juta ini fungsinya adalah memberikan nutrisi, memberikan bekalan makanan kepada yang 100 juta tadi.

Penelitian lanjutan pula membuktikan bahawa ketika satu sel saraf dari 100 juta itu diambil, ternyata boleh menciptakan 20 ribu hubungan, ya 20 ribu cabang di dalam otak kita yang begitukecil.

Nah, mari kita hitung, jika dianggarkan satu sel saraf adalah 20 ribu cabang atau 20 kilobyte, sifirlah kalau 100 juta, berapa kilobyte yang boleh diciptakan oleh memori otak, memori otak seorang anak damit. Lalu layakkah kita mengatakan bahawa kita tidak pintar atau kita tidak pandai?

Bukankah Allah menciptakan kita dengan jumlah neuron yang sama, iaitu satu trillion sel saraf. Kita lahir dengan satu trillion yang yang sama siapa pun orang tua kita. Waima orang tua kita seorang yang tidak pernah berpendidikan, tetap Allah melahirkan kita dengan satu trillion sel saraf. Dan mempunyai kemampuan 100 juta dikali 20 ribu cabang. Sifirlah sendiri! Jangan lupa bahawa di dalam diri kita sendiri, di dalam diri anak kita, di dalam diri anak damit kita, di dalam diri setiap manusia ternyata memiliki apa yang boleh kita sebut sebagai “bio computer”, yakni komputer yang hidup. Yakni otak, otak yang luar biasa. Jadi hasil penelitian dan kajian yang dilakukan pelbagai pakar menunjukkan bahawa kita langsung tidak punya alasan untuk sering mengatakan, “Aku tidak pandai.”

Kerana itu, Islam mengajarkan kita untuk bersyukur. Salah satu bukti syukur seorang muslim adalah dia berusaha untuk memaksimakan potensi yang dikurniakan oleh Allah kepada dirinya. Setiap diri kita punya kelebihan-kelebihan tersendiri. Tinggal lagi, kitamenggilap dan mengasah bakat semula jadi yang dianugerahkan oleh Allah itu.

Bukankah kita pernah lihat, baca, dan ketahui bahawa ada orang yang cukup menarik, dia dilahirkan dalam keadaan yang tidak mempunyai tangan, tidak punya kaki, tapi hari ini dia menjadi seorang motivator yang dikagumi dunia. Waima dia lahir dalam keadaan cacat, tetapi dia telah membuktikan bahawa dia telah berjaya. Jadi, anda bagaimana? Kejayaan tidak ada kaitan dengan masalah keberuntungan! Membuat kesalahan dan kesilapan bukan disebabkan takdir! Kesalahan dapat diatasi, jika mahu.

Wallahu a’lam.

Haji Mohd. Salleh Abdul Latif
Cetusan Minda Bilangan 108
Pelita Brunei  
27 May 2014 

Setiap kesilapan dapat diatasi, jika mahu! (4)

Penulis akan cuba membahas apa kandungan daripada ruangan yang terbatas itu. Di kalangan kenalan penulis, sahabat penulis, saudara mara penulis sering terjumpa mereka yang selalu berkata: “Aku amat sibuk?” Merasa sibuk dengan berbagai jenis kegiatan dan urusan. Sibuk yang tak habis-habis. Hari ini sibuk, besok sibut, tolat sibuk, minggu berikutnya pun sibuk.

Pada dasarnya setiap orang, ya kita yang bergelar manusia. Tak kisah raja atau rakyat biasa mempunyai kesibukan masing-masing. Tetapi tetap saja Allah memberikan jumlah yang sama kepada setiap orang, yakni diberi waktu 24 jam sehari.

Nah, yang penulis hendak tekankan di sini adalah jangan sampai kesibukan ini membuat kita lupa untuk merencanakan perkara-perkara yang jauh lebih penting dari kehidupan kita. Lalu penulis teringat kepada ungkapan: “Jangan berkerja dikendalikan oleh waktu, tapi waktu itu yang harus kita kendalikan.” (Don’t work for the time but the time work for you). Bahkan dalam tamadun awal Islam, Ali bin Abi Thalib pernah mengatakan bahawa waktu itu seperti pedang. Maknanya jika kita tidak boleh menggunakannya, maka pedang itu boleh membunuh diri kita. Namun jika menggunakan masa atau waktu itu dengan baik, maka waktu itu amat berfaedah buat kita.

Jika awal-awal lagi kita merasa terlalu sibuk sehingga tidak mempunyai masa untuk hal-hal yang lebih bermakna dalam kehidupan ini sesungguhnya kita sudah menyekat rasa yakin diri kita sendiri. Faham-faham sajalah! Kemudian ada orang berkata: “Saya tidak pandai.”

Pernahkah kita merasa ketika ingin mendapat satu keberhasilan ada satu hambatan atau ada satu keyakinan yang boleh melemahkan diri kita? Mungkin ada keraguan dalam diri kita. Pandai kalau diterjemahkan dalam dunia pendidikan sering kali diertikan tahap pertama atau mungkin indeks prestasi di atas 2, di atas rata-rata. Tentu saja yang penulis maksud dengan cerdas di sini bukan semata-mata kecerdasan akademik, kerana kita tahu Allah menciptakan kita ada dua otak, belahan kiri dan belahan kanan. Otak kiri dan otak kanan, ada IQ (Intellectual Quotient), ada EQ (Emotional Quotient).

Delapan puluh peratus kecerdasan orang bukan ditentukan oleh kecerdasan akademik, tetapi kecerdasan emosi kita. Jadi ketika kita berkata, “Saya tidak pandai,” itu patut kita pertanyakan semula, benarkah kita tidak pandai? Benar atau tidak!

Wallahu a’lam.

Haji Mohd. Salleh Abdul Latif
Cetusan Minda Bilangan 108
Pelita Brunei  
27 May 2014 

Setiap kesilapan dapat diatasi, jika mahu! (3)

Lalu penulis teringat dialog santai dengan beberapa orang kawan semasa minum petang di kafeteria baru-baru ini. Seorang kenalan penulis yang duduk di meja lain mampir ke tempat kami lalu selamba bertanya: “Apa bezanya warga Singapura dengan warga Jepun?” Kawan penulis yang pernah bertugas di Jepun dan Singapura untuk beberapa tahun semasa masih berkhidmat dalam Kementerian Luar (kini sudah bersara malah sudah dapat pencen tua) berkata: “Orang Singapura dan orang Jepun sama-sama tertib dan berdisiplin di negaranya tetapi…”

“Apa tetapinya?” celah kawan yang lain. “Tapi maaf cakap warga Singapura, jika berada di luar negara belum tentu menjadi orang yang tertib. Kalau sudah berada di luar negaranya, mungkin dia menjadi orang yang tidak tertib.” Penulis menyoal,”Jadi kenapa dia berdisiplin dan tertib di negaranya?”

Jawab kawan penulis, “Kerana hukum atau peraturan yang diterapkan oleh negaranya sangat kuat.” Kawan yang di meja lain itu minta izin untuk duduk sama di meja kami. Kami mempersilakan. Kawan penulis yang berpengalaman hidup di Singapura dan Jepun itu lalu berkata, “Berbeza dengan orang Jepun. Di mana pun mereka berada maka kebiasaan itu selalu melekat dalam diri mereka. Malah, pernah aku nampak, ada orang Jepun yang selalu membawa asbak (tempat abu rokok) ketika main golf, kerana ia mempunyai kebiasaan merokok.”

Jadi yang penulis ingin lontarkan di sini adalah membentuk kebiasaan. Jika sudah terbentuk kebiasaan, maka di manapun kita berada, apapun suasananya, kita akan selalu melakukan hal-hal yang positif. Ambil contoh bangsa Jepun tadi. Tapi ya, di dalam hidup kita ini ada dua bentuk keyakinan. Iaitu keyakinan yang menguatkan, dan keyakinan yang tidak menguatkan. Ketika takut gagal, lantas merasa kurang percaya diri, kurang yakin diri. Lalu ragu-ragu dalam mengambil keputusan. Meletakkan diri dalam ruangan yang terbatas.

Wallahu a’lam.

Haji Mohd. Salleh Abdul Latif
Cetusan Minda Bilangan 108
Pelita Brunei  
27 May 2014 

Setiap kesilapan dapat diatasi, jika mahu! (2)

Kebanyakan manusia yang gagal dalam hidup akan bertindak begitu. Jarang orang gagal mahu belajar dari kegagalannya! Jarang orang gagal mahu membina kejayaan setelah menempuh kegagalan, sebaliknya memang banyak orang gagal sakit hati dengan orang berjaya. Malah ada orang yang sampai hati hendak cuba untuk menggagalkan orang berjaya itu. Apa nak hairan sangat, manusia berjaya lawannya manusia keciciran! Manusia mudah insaf jika memahami, tetapi dalam waktu yang sama tergamak mengulang kesalahan. Tidak mahu mengambil iktibar dan pengajaran daripada kesilapan atau kesalahan yang pernah dilakukan. Elok ambil manfaat dari cerita di bawah ini.

Maka dikisahkan dalam sebuah makmal satu penyelidikan dilakukan kepada seekor tikus putih. Tikus itu dilepaskan ke dalam sebuah bekas yang terdapat laluan sesat, jalannya yang berbelit-belit. Uji kaji yang dilakukan mudah.Tikus ditaruh di permulaan laluan bagi mendapatkan seketul keju yang ditaruh di hujung laluan tersebut. Tikus itu mula berlari di laluan sesat dan beberapa kali tersalah. Ia undur kembali, mencari lalu yang betul, dan akhirnya sampai jua ke tempat keju.

Tikus itu diangkut keluar. Buat kali kedua,diletak kembali ke permulaan laluan bagi kali kedua. Ia berlari. Kali ini tikus itu mampu mengurangkan silap dalam perjalanan untuk tiba ke tempat keju. Sebagai ganjaran, ia nikmati keju itu.

Dilepaskan lagi tikus itu untuk kali ketiga. Ia bergerak dengan laju, penuh yakin tanpa sebarang silap untuk mendapatkan keju kegemarannya.Tikus yang sama dikembalikan semula ke permulaan laluan untuk kali berikutnya. Ia bergerak pantas ke arah keju tetapi kali ini sebelum sempat sampai, keju itu telah diangkat keluar, dan apabila ia sampai mendapati keju telah tiada.
 
Ujian diteruskan. Tikus yang sama sekali lagi diletakkan di permulaan laluan dan keju diletakkan di hujung laluan. Tikus terus berlari bagi mendapatkan keju, Seperti tadi sebelum tiba,keju dikeluarkan dan apabila tikus itu sampai didapati keju tiada. Ia kecewa.
Bagi meneruskan uji kaji, tikus yang sama diletakkan lagi di prmulaan laluan dan hujungnya diletakkan keju. Namun kali ini apabila tikus itudiletakkan di permulaan laluan, tikus itu enggan bergerak. Ia hanya mendiamkan diri, membatu.Nah, apa yang kita dapat dari uji kaji ini ialah tikus terus belajar. Tetapi ia tidak mahu mengulangi salah dan silapnya. Tikus pun pandai serik!

Namun ya biasalah, manusia tidak tau serik. Manusia tidak pandai jara! Waima melakukan sesuatu kesalahan sama rapat kali, berulang-ulangkali dalam hidupnya. Kemudian menerima akibat yang buruk dan hidupnya musnah, manusia tetap tidak jera. Masih juga tidak serik. Manusia enggan mengambil iktibar.

Jikalah kita tersilap, benar setiap kita pernah tersilap, ingatlah serik. Kembalilah ke jalan yang betul. Biasalah, kita suka menjadi “pakar” dalam melihat kesilapan orang lain. Pandai pula mengulasnya. Tetapi kita jarang sekali menjadi“pakar” melihat kebaikan mereka dan tindakan betul yang mereka ambil agar kita dapat memberi pandangan secara positif.

Lihat, seorang guru dengan muridnya. Sebahagian guru cenderung untuk mengkritik pelajar malas yang tidak melakukan tugasan mereka dan sentiasa lewat ke kelas. Tetapi ya,berapa ramai guru yang memberi komen positif kepada pelajar yang rajin, menepati masa dan yang mempunyai tulisan yang cantik!

Marilah kita berfikiran positif dan bersangka baik terhadap manusia. Berikan galakan supaya mereka lebih banyak memberi. Faham-fahamlah, pada saat pertama kali kita harus membuat kebiasaan, pada akhirnya kebiasaan itu yang akan membentuk kita. Sebelum kebiasaan itu membentuk kita maka kita pun harus membentuk kebiasaan lebih dulu.

Wallahu a’lam.

Haji Mohd. Salleh Abdul Latif
Cetusan Minda Bilangan 108
Pelita Brunei  
27 May 2014

Setiap kesilapan dapat diatasi, jika mahu! (1)

PARA BUDIMAN berkata bahawa kesilapan yang dilakukan manusia berbeza-beza. Ada besar. Ada yang kecil. Ada yang nampaknya senang diatasi namun banyak juga yang sukar diatasi.Tetapi ya, tidak kira besar mana kesilapan itu,ianya masih boleh diperbetulkan. Asas utamanya ialah kita mahu memperbetulkan. Waima untuk memperbetulkan kesemua akibat buruk sesuatu kesilapan mungkin mustahil, masih banyak yang boleh diperbetulkan.

Ramai orang yang gagal memperbetulkan kesilapan mereka kerana sangsi akan kebolehan dan kemampuan atau kesabaran mereka untuk memperbetulkannya.Kekadang, cara kita berdepan dengan kesilapan orang lain merupakan sebahagian daripada kesilapan itu sendiri. Contoh yang paling mudah,jika anak kita membuat kesilapan, kita mungkin menyalahkan dia dan memperkecilkan dia. Kemudian memperbesar-besarkan kesilapan dia sehingga dia mula berfikir yang dia telah terjatuh ke perigi buta tanpa jalan keluar! Oleh itu,dia tidak mengharapkan apa-apa peluang untuk dia memperbetulkan kesilapannya, dan dengan itu, tetap dipersalahkan.

Manusia berbeza sifatnya, dan fizikalnya. Mereka juga berbeza dengan pandangan, fahaman dan urusan. Jika kita rasa seseorang telah melakukan kesilapan, maka nasihatilah dia. Betulkan kesilapannya. Tetapi ya jika dia tidak mendengar dan tidakmematuhi nasihat kita, jangan anggap dia seorangdaripada musuh anda. Hadapilah situasi beginidengan secara optimistik, menurut kemampuan anda. Jangan tukar persahabatan menjadi permusuhan.

Hubaya-hubaya, mereka yang mudah meminta maaf adalah orang yang kerap berbuat salah atau silap. Apabila mudah meminta maaf bermakna keraplah dia berbuat silap atau salah. Dari satu sudut sifat ini sangat mulia, tetapi dari satu sudut yang lain ia tidak menggambarkan sikap yang menarik kerana orang yang kerap berbuat silap atau salah seolah-olah tidak pernah belajar. Benar,meminta maaf itu baik tetapi usah terlalu meminta kerana sesuatu yang senang diperolehi lazimnya memang kurang bernilai! Maaf apabila terlalu kerap diminta dan diberi harganya menjadi murah, nilainya menurun.

Katalah, dalam sehari teman kita menyinggung perasaan kita dengan kata-kata yang sama berkali-kali, dan setiap kali pula dia akan meminta maaf kepada kita, apakah kita selesa untuk bersamanya lagi? Apa nak dihairankan, corak kehidupan memang macam itu. Entahlah! Jika awak berjaya di puncak, kemudian ada orang memusuhi dan mencemburui, apa nak hairan.

Wallahu a’lam.

Haji Mohd. Salleh Abdul Latif
Cetusan Minda Bilangan 108
Pelita Brunei  
27 May 2014 

Sunday, June 22, 2014

Sudah tunai 10 hak?

1. Hak pada diri
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak pada malaikat maut
Menqada kewajiban-kewajiban yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta pada Allah.

3. Hak kepada kubur
Membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Mungkar dan Nakir
Tidak berdusta, sentiasa berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. Hak kepada Mizan (neraca)
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6. Hak kepada Sirat (titian yang merentang neraka pada Hari Akhirat)
Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaaah

7. Hak kepada Malik (penjaga neraka)
Menangis lantaran takutkan Allah swt, bderbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperbaiki akhlak.

8. Hak kepada Ridhuan (malaikat penjaga syurga)
Berasa redha dengan Qada’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah & bertaubat dari melakukan maksiat.

9. Hak kepada nabi Muhammad saw
Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (hadis), menyayangi para sahabat & bersaing dalam mencari keredhaan Allah swt.

10. Hak kepada Allah swt
Mengajak manusia kea rah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Wallahu ‘alam.

Wasilah 1, Tahun 2008
Jaheiak.

Betapa

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

45 minit terasa lama untuk berzikir tetapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.

Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Wasilah 1, Tahun 2008
Jaheiak.

Lelaki acuan Al-Quran

Lelaki acuan Al-Quran ialah seorang lelaki
yang beriman
yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah swt
yang sentiasa haus dengan ilmu
yang sentiasa dahaga dengan pahala
yang solatnya adalah maruah dirinya
yang tidak pernah takut berkata benar
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu.

Lelaki acuan Al-Quran ialah seorang lelaki
yang menjaga tuturkatanya
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya
yang pelindung
yang mempunyai ramai kawan
dan tidak mempunyai musuh
yang bersifat jembalang.

Lelaki acuan Al-Quran ialah seorang lelaki
yang menghormati ibu bapanya
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
yang akan mendidik anak-anak dan isteri
mendalami agama Islam
yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
kerana dunia baginya
rumah sementara menunggu akhirat.

Lelaki acuan Al-Quran sentiasa berusaha untuk agamanya
yang hidup di bawah naungan Al-Quran
dan mencontohi sifat rasulullah saw
yang boleh diajak berbincang dan berbicara
yang sujudnya penuh kesyukuran
dengan rahmat Allah ke atasnya.

Lelaki acuan Al-Quran tidak pernah membazirkan masa
yang matanya kepenatan kerana kuat membaca
yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
yang bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan
kerana sehari lagi usianya bertambah
penuh kematangan.

Lelaki acuan Al-Quran sentiasa mengingati mati
yang baginya hidup di dunia adalah lading akhirat
yang mana buah kehidupan itu perlu
dibajai dan dijaga meneruskan
perjuangan Islam sebelum Hari Kemudian.

Lelaki acuan Al-Quran
ialah lelaki yang tidak mudah
terpesona dengan buaian dunia
kerana dia mengimpikan syurga
di sinilah rumah impiannya
bersama wanita acuan Al-Quran.

Wasilah 1, Tahun 2008
Jaheiak.

Wednesday, May 8, 2013

Mempelajari Al-Quran amalan sepanjang hayat


Memperkatakan mengenai Al-Quran ini, seperti mana yang diketahui bahawa amalan membacanya adalah merupakan ibadat. Setiap huruf serta ayat yang dibaca akan diberikan ganjaran pahala yang setimpal.

Justeru saya menyeru kepada setiap masyarakat Islam di negara ini agar terus membiasakan diri dan mengamalkan membaca Al-Quran, di samping mempelajari dan menghalusi pembacaan serta berusaha menghafal dan menghayati ajaran-ajarannya.

Bagi mereka yang tidak boleh membacanya atau tidak lancar bacaannya, usaha-usaha mempelajari Al-Quran perlu diteruskan.

Ini kerana mempelajari Al-Quran itu adalah merupakan amalan sepanjang hayat dan bukannya terhad pada waktu atau musim tertentu sahaja. Dengan kata lain, tidak ada kata penyudah bagi mereka itu dalam mempelajari Al-Quran.

Sikap complacent dengan digandingi ungkapan seperti terlanjur usia, lidah sudah tidak lembut lagi, sibuk dan seumpamanya, seharusnya tidak wujud dan bukanlah sebagai penghalang bagi seseorang itu untuk mempelajari Al-Quran.

Menyentuh mengenai tema pertandingan tahun ini, iaitu Al-Quran Cahaya Dunia Akhirat, pada hemat saya, ianya sememangnya bersesuaian kerana amalan membaca Al-Quran akan menjadikan negara kita sentiasa bergema dengan Al-Quran.

Negara yang bergema dengan Al-Quran, insya-Allah akan sentiasa diterangi dengan cahaya hidayah, mendapat keberkatan serta dilimpahi rahmat daripada Allah Subhanahu Wata’ala.

Wallahu a’lam.

Hasrat Negara
Pelita Brunei
Tahun 58 / Bil. 47; ms 2
20 Apr 2013