Lelaki acuan Al-Quran ialah
seorang lelaki
yang beriman
yang hatinya disaluti rasa taqwa
kepada Allah swt
yang sentiasa haus dengan ilmu
yang sentiasa dahaga dengan
pahala
yang solatnya adalah maruah
dirinya
yang tidak pernah takut berkata
benar
yang tidak pernah gentar untuk
melawan nafsu.
Lelaki acuan Al-Quran ialah
seorang lelaki
yang menjaga tuturkatanya
yang tidak bermegah dengan ilmu
yang dimilikinya
yang tidak bermegah dengan harta
dunia yang dicarinya
yang sentiasa berbuat kebaikan
kerana sifatnya
yang pelindung
yang mempunyai ramai kawan
dan tidak mempunyai musuh
yang bersifat jembalang.
yang menghormati ibu bapanya
yang sentiasa berbakti kepada
kedua orang tua dan keluarga
yang bakal menjaga keharmonian
rumahtangga
yang akan mendidik anak-anak dan
isteri
mendalami agama Islam
yang mengamalkan hidup penuh
kesederhanaan
kerana dunia baginya
rumah sementara menunggu akhirat.
Lelaki acuan Al-Quran sentiasa
berusaha untuk agamanya
yang hidup di bawah naungan
Al-Quran
dan mencontohi sifat rasulullah
saw
yang boleh diajak berbincang dan
berbicara
yang sujudnya penuh kesyukuran
dengan rahmat Allah ke atasnya.
Lelaki acuan Al-Quran tidak
pernah membazirkan masa
yang matanya kepenatan kerana
kuat membaca
yang suaranya lesu kerana penat
mengaji dan berzikir
yang tidurnya lena dengan cahaya
keimanan
yang bangun subuhnya penuh dengan
kecerdasan
kerana sehari lagi usianya
bertambah
penuh kematangan.
yang baginya hidup di dunia adalah
lading akhirat
yang mana buah kehidupan itu
perlu
dibajai dan dijaga meneruskan
perjuangan Islam sebelum Hari
Kemudian.
Lelaki acuan Al-Quran
ialah lelaki yang tidak mudah
terpesona dengan buaian dunia
kerana dia mengimpikan syurga
di sinilah rumah impiannya
bersama wanita acuan Al-Quran.
Wasilah 1, Tahun 2008
Jaheiak.
No comments:
Post a Comment